SUARA MPP: Pelajar UiTM diminta tenang
02 OGOS 2009WABAK Influenza A (H1N1) kini bukan saja menyerang mereka yang pernah keluar negara, tetapi juga merebak ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Terbaru, tiga kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditutup berikutan ada beberapa pelajar disahkan dijangkiti wabak H1N1.
Mengulas mengenai penutupan tiga kampus cawangan itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Mursyidi Mohd Diah, berkata masalah itu tidak dapat dielakkan.
Beliau berkata, pelajar perlu mengikut arahan dan bertenang menghadapi situasi yang tidak diduga itu.
“Mursyidi dan barisan MPP menggesa pelajar yang mengalami sintom demam, batuk dan selesema segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
“Pelajar perlu lebih peka terhadap kesihatan masing-masing dan segera berjumpa jika tidak sihat.
“Ini kerana wabak ini merebak dengan cepat dan setiap antibodi pelajar adalah berbeza,” katanya.
Bagi memberi kesedaran kepada pelajar terutama bahaya H1N1 ini di samping menggalakkan mereka menjaga kesihatan dan kebersihan diri, pihaknya akan mengadakan kempen kesedaran berkaitan wabak ini.
“Buat permulaan, kami merancang mengadakan kempen di kampus induk Shah Alam dengan menyebar risalah berkaitan penyakit itu selain konvoi bermotosikal dari kolej ke kolej.
“Buat masa sekarang, kami berusaha mengumpul tenaga kerja bagi menjayakan program itu.
“Kempen menggunakan blog sudah dilaksanakan bagi memberi kesedaran bahaya wabak ini jika tidak berwaspada,” katanya.
Katanya, melalui langkah itu, pihaknya berharap masalah itu tidak berlarutan kerana penutupan kampus memberi kesan kepada pembelajaran pelajar.
“Walaupun pelajar baru memulakan pengajian di semester baru, masa dan pembelajaran mereka akan terganggu dengan penutupan kampus dan perlu mengikuti jadual baru,” katanya.
Salam Perjuangan,
ReplyDeleteKami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..
Artikel2 yang bernas dan rekabentuk blog anda yang menarik manaikkan semangat kami untuk berjuang melalui blog.
Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan mahasiswa ke arah insan yang berilmu dan bekerja keras dalam mengharungi Arena Pendidikan Negara.
Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri sebagai persiapan dalam menyumbang kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.
Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,
MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju.
ps : Blog anda telah kami senaraikan antara blog MPP pilihan kami.