I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Sunday, August 9, 2009

Voice Of Student Leaders

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Add Image

Nama Program



“Voice of Student Leaders”

Pengenalan

Aktiviti ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bagi menggantikan program “Road Tour” MPP yang kebiasaannya diadakan setiap semester. Untuk pengetahuan, tujuan program ini diadakan adalah sama seperti tujuan “Road Tour” MPP diadakan iaitu lebih ingin mengetahui dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar UiTM. Tetapi perbezaannya kali ini kami (MPP) dapatkan maklumat-maklumat tersebut melalui suara-suara pemimpin-pemimpin pelajar dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF).


Objektif

1. Mengetahui masalah yang dihadapi para pelajar UiTM seterusnya cuba membantu menyelesaikan masalah mereka.
2. Menyampaikan informasi-informasi terkini tentang UiTM untuk maklumat pelajar – pelajar UiTM.
3. Berkongsi dan saling bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin-pemimpin pelajar UiTM yang lain tentang pembangunan pelajar UiTM.
4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF).

Anjuran

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010.

Dengan Kerjasama

Ketua-ketua Bahagian Jawatankuasa Perhubungan Pelajar
Hal Ehwal Pelajar ( HEP )

Bahagian-bahagian yang terlibat

- 50 orang dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
- 06 orang dari Ketua-ketua Bahagian Jawatankuasa Perhubungan Pelajar
Hal Ehwal Pelajar ( HEP )
- 17 orang dari Sekretariat Mahasiswa Fakulti
(25 buah fakulti)
- 17 orang dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej
(14 buah kolej)


Jadual Program

Tarikh : 19 Ogos 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.30 malam – 11.00 malam
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM.


1 comment:

  1. Assalamualaikum.....
    buka MATA buka MINDA... jgn Duduk D dlm bilik aircond jak...

    MNA TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI MPP.. JALANKAN LA KEMPEN MEMBENDUNG "H1N1"...

    LANGSUNG TAK NPK SORG PUN YANG BT KEMPEN..
    HEIIII.... KORG NE BTl2 X bole d'harap...

    KECEWA DGN KORG... BGUS KORG LUCUT JAWATAN LA SEMUA...

    KEMPEN M'MAKAI MASK PN OK lA...
    KORG NE BUKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR...
    TPI MAJLIS POYOOOOO POYOOOOO... HEY JGN LA EKSYENN... TGK STUDENT.. MNA TANGGUNGJWB ANDA>>!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete