Tuesday, October 13, 2009
TAWARAN MENJADI PEMBANTU MINGGU MESRA SISWA SESI NOVEMBER/DISEMBER 2009
Minggu Mesra Siswa kini tiba lagi untuk kita sama-sama menyambut kedatangan pelajar-pelabar baru ke UiTM.
Kepada semua mahasiswa/I UiTM yang berminat untuk menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa (MMS) sesi November dan Disember 2009, sila muat turun borang ini dan ikuti arahan yang terdapat di borang ini.
Terima kasih.
Muat turun muka depan borang
Muat turun muka belakang borang
Sila muat turun kedua-kedua borang di atas. Borang yang telah lengkap di isi hendaklah di hantar ke alamat yang telah di nyatakan di dalam borang tersebut.
Friday, October 2, 2009
KONVENSYEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (KMPP) 2009 PERINGKAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Tempat : UiTM Kampus Puncak Alam
Anjuran :
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan badan kepimpinan mahasiswa yang tertinggi di universiti dan termaktub di dalam Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 174 di dalam Jadual Ketiga. Bagi Universiti Teknologi MARA, setiap kampus negeri mempunyai badan kepimpinan pelajar ini yang digelar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan sehingga kini jumlah keseluruhannya menjangkau seramai 256 ahli.
Namun, bilangan ini akan bertambah setiap kali berlakunya pemilihan bagi penggal baru bersesuaian dengan pengambilan pelajar baru UiTM di seluruh negara yang mensasarkan 200 000 pelajar menjelang 2015. Hakikatnya, MPP UiTM sewajarnya diberi pendedahan awal dalam menghadapi situasi bilangan pelajar yang ramai ini kerana mereka inilah merupakan badan yang bertanggungjawab membawa suara mahasiswa dan menjaga kebajikan mereka di peringkat universiti.
Sehubungan itu, Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar peringkat seluruh sistem UiTM di Malaysia adalah bertepatan dalam menyediakan garis panduan dan pelan perancangan pemimpin mahasiswa dalam menghadapi cabaran masa akan datang dalam universiti suatu masa nanti.
Antara agenda utama konvensyen ini adalah:
1. Sebagai persediaan yang mantap kepada pemimpin pelajar dalam menghadapi cabaran peringkat universiti dengan pertambahan pengambilan pelajar seramai 200 000 menjelang 2015.
2. Pembentangan perlembagaan MPP dan KMPP UiTM yang akan digunakan seluruh sistem UiTM.
Semoga objektif konvensyen ini akan tercapai dan memberi input dan output yang terbaik untuk seluruh warga UiTM. InsyaAllah.
Saturday, September 26, 2009
SALAM AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA UiTM

Pihak MPP UiTM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin Kepada seluruh warga UiTM. Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan sesama kita dan lupakan segala sengketa lama. Bersalam-salaman tanda mengeratkan silaturrahim antara kita.
Salam AidilFitri Al Mubarak........
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira
Selamat meneruskan ibadah puasa
mudah-mudahan kita masih diberi peluang bertemu dengan Ramadan yang akan datang...Aminnnn
Salam Ikhlas Daripada.....
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM MALAYSIA
Sunday, September 13, 2009
MAKLUMAN
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Kepada pelajar yang ingin kembali ke kampung halaman tetapi tiada tiket untuk pulang, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (T 106645) TV3, TV9 dengan kerjasama LG akan memberikan PERKHIDMATAN BAS PERCUMA untuk program Balik Kampung sempena Aidilfitri.
Destinasi yang ditawarkan adalah Kangar, Alor Setar, Sungai Petani, Butterworth, Georgetown, Ipoh, Taiping, Seremban, Bandar Hilir, Melaka; Muar, Batu Pahat, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.
Bas (syarikat Plusliner) akan berlepas pada Jumaat 18 September 2009. Untuk pendaftaran sebagai penumpang, sila layari http://www.tv9.com.my/ dan klik pada ikon “Balik Kampung”. Semak sama ada anda berpeluang menggunakan perkhidmatan ini sehari atau dua hari selepas pendaftaran. Jika ada apa-apa masalah, sila hubungi agensi yang dilantik syarikat elektronik LG di talian 03- 7491 8111 atau syarikat Plusliner 03-40477878.
Bagi yang berjaya mendapat tempat duduk, sila semak lokasi untuk berkumpul sama ada di Bukit Jalil (berkumpul jam 8.30 pagi) atau KL Sentral (berkumpul jam 11.30 malam untuk destinasi Kota Bharu dan Kuala Terengganu) pada Jumaat 18 September.
Sehubungan dengan hal ini, sila maklumkan kepada YDP Mursyidi di talian 012-9398427 jika anda mempunyai masalah untuk membuat pendaftaran secara online seperti yang dinyatakan di atas dengan cara memberikan NAMA, NO KAD PELAJAR, NO KAD PENGENALAN dan DESTINASI yang ingin dituju pada kadar yang segera. InsyaAllah sebuah bas dari UiTM akan disediakan untuk pelajar yang akan ke Bukit Jalil. tq.
MOHD MURSYIDI MOHD DIAH
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
012-9398427
Tuesday, September 8, 2009
MAKLUMAN PERPINDAHAN SEMULA PEJABAT MPP KE BANGUNAN ASAL
Makluman Kepada seluruh warga UiTM yang di hormati. Untuk pengetahuan semua, Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar telah berpindah semula ke bangunan asal MPP terdahulu atas sebab-sebab pembaikpulihan pejabat lama MPP. Jika ada sebarang permasalahan, sila datang berjumpa MPP di pejabat MPP yang beralamat :
Pejabat Pentadbiran MPP,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Bangunan Budi Siswa,
Universiti Teknologi MARA Malaysia
40450 Shah Alam Selangor D.E
Tel : 03 5544 3589 / 3689
Fax : 03 5544 3535
Sekian dan Harap Maklum..
Wednesday, August 26, 2009
PROGRAM FESTIVAL KEMERDEKAAN (FESKEM) RAMADHAN

Festival Kemerdekaan (FESKEM) merupakan festival yang kebiasaannya diadakan setiap tahun ketika menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan. Pada tahun ini, kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar (FESKEM) sesi 2009/10 akan menganjurkan sebuah Festival Kemerdekaan berbentuk kerohanian iaitu Program FESKEM Ramadhan. Bersempena dengan itu, kami menjemput seluruh warga UiTM khususnya UiTM Malaysia. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh & Masa : 29 Ogos 2009 (2.oo ptg - 10.30 mlm)
: 30 Ogos 2009 (8.00 pagi - 12.00 mlm)
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan UiTM
Berikut merupakan tentatif program:
HARI PERTAMA(29 0GOS 2009)
Masa : 2.00 ptg - 7.00 mlm
: *Perasmian FESKEM akan diadakan jam 3 petang.
(Perasmian oleh Y.Bhg.Prof.Dato'Dr.Hj Nasuddin Othman)
Tempat : Pusat Sukan UiTM
Aktiviti : Tayangan Multimedia khas FESKEM Ramadhan
Masa : 7.00 mlm - 10.00 mlm
Tempat : Pusat Sukan
Aktiviti : Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah
HARI KEDUA(30 OGOS 2009)
Masa : 8.30 pg - 11.00 pg
Tempat : Menara Sains & Teknologi
Aktiviti : Pertandingan Kuiz FESKEM Ramadhan (saringan)
Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Tempat : Menara Sains & Teknologi
Aktiviti : Pertandingan Kuiz FESKEM Ramadhan (saringan)
Masa : 2.00 ptg - 7.oo mlm
Tempat : Pusat sukan
Aktiviti : Kuiz FESKEM Ramadhan (peringkat akhir)
Upacara penyampaian hadiah
: Bacaan Yassin & Al-Ma'tsurah
Masa : 7.00 mlm - 10.00 mlm
Tempat : Pusat sukan
Aktiviti : Majlis berbuka puasa & solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah
Masa : 10.30 mlm
Tempat : Pusat sukan
Aktiviti : Program Ambang Merdeka
( Forum, doa Khas Kemerdekaan, Solat Hajat)
Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis dan semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Insya-Allah.
Sunday, August 23, 2009
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK

Hadith
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA
DI BULAN RAMADAN AL MUBARAK
1430 HIJRAH
semoga segala amalan yang di tuntut dapat di jalani dengan hati yang ikhlas
dan dapat di terima olehNYA..


