I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Thursday, August 20, 2009

“INTERPERSONAL SKILL PROGRAM 2009” (INSPRO ‘09) ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA SELURUH PERSATUAN-PERSATUAN DALAMAN FKE














Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt kerana limpah dan kurnianya INSPRO ‘09 dapat berlangsung dengan jayanya pada 1hb sehingga 9hb ogos 2009 di Sekitar Menara S&T UiTM Malaysia yang dihadiri hampir 400 orang pelajar-pelajar FKE dan merupakan satu program yang yang julung-julung kali diadakan di FKE dan telah dirangka mempunyai element-element kombinasi antara beberapa kursus, diantaranya adalah kursus motivasi, kecemerlangan akademik mengenali potensi diri, personaliti diri dan profesionalisma dari ‘softskill’ dan manakala dari segi ilmu kemahiran pula terdapat kursus Asas Keselamatan di Tempat Kerja (Green Card Program) daripada Malaysian Construction Industry Development Board (CIDB), Interface free controller Course (IFC) daripada Syarikat Cytron Sdn Bhd dan Field Programmable Gate Array (FPGA). Program ini juga dilengkapkan lagi dengan Forum Kecemerlangan Mahasiswa dan Diskusi Bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik sebagai penutup dan sebagai medium untuk membincangkan masalah pelajar di peringkat fakulti. Sehubungan dengan itu juga, memandangkan isu penularan H1N1 juga, pihak MPP juga turut menyediakan topeng muka diedarkan kepada peserta secara percuma.

Kursus ini dirangka agar dapat melahirkan mahasiswa yang berilmu, versatil, berkeyakinan, beretika dan penuh dengan nilai-nilai murni selaras misi fakulti iaitu memartabatkan serta meningkatkan tahap intelektual bangsa dalam profesion kejuruteraan elektrik yang berorientasikan keseimbangan agama dan nilai-nilai murni menerusi penyampaian berilmu, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada akhlak dan etika profesional jurutera.

INSPRO ’09 juga merupakan sebagai salah satu platform agar semua persatuan-persatuan dalaman Fakulti Kejuruteraan Elektrik dapat bersama-sama berganding bahu dan bersepakat dalam membentuk satu program dan bekerjasama walaupun mempunyai idea dan pandangan yang berbeza, lantas dapat merapatkan lagi ukhwah di kalangan persatuan-persatuan dalaman FKE iaitu ELETA, IEEE UiTM SB, IRC, PMKE, MPP dan SMF serta membuktikan bahawa walaupun terdiri daripada ahli persatuan yang berbeza tetapi sebagai warga FKE adalah menjadi satu tanggungjawab yang sama iaitu mendokong aspirasi fakulti untuk menjadikan FKE sebuah fakulti yang unggul berteraskan kepada prinsip kecemerlangan akademik bagi menerajui dan merealisasikan wawasan bangsa yang dinamik, prograsif dan global dalam bidang kejuruteraan elektrik menerusi program bertaraf dunia supaya dapat melahirkan jurutera yang berdaya saing dan beretika seterusnya mendokong aspirasi UiTM ke arah universiti yang bertaraf dunia.

Akhir kata, semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberi banyak manfaat kepada pelajar-pelajar UiTM.


Disediakan oleh

MOHAMMAD FAIRUS BIN SALLEH

PNYDP Perhubungan & Pengantarabangsaan

Majlis Perwakilan Pelajar

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Universiti Teknologi MARA Malaysia

merangkap

Ketua Pengarah Program

Interpersonal Skill Program 2009



No comments:

Post a Comment