I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Wednesday, August 12, 2009

Perbincangan mengenai kadar baru Bus Rapid

Tarikh : 10 Ogos 09
Masa : 3-5 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat HEP, Tingkat 4, Canselori

Perbincangan ini dihadiri oleh Timbalan Naib Cancelor (TNC), MPP, wakil Non-Resident (NR), Wakil daripada RapidKl dan En Ahmad Shakri Tarmuchi dari unit kenderaan. Hal ini berikutan kadar baru yang baru di war-warkan oleh RapidKl. Berikut merupakan petikan daripada BERNAMA bagi tatapan pembaca blog ini dan pastinya kepada warga UiTM khasnya sebagai pengetahuan dalam isu ini:

July 30, 2009 17:08 PM

RapidKL Umum Kadar Tambang Baru Bas

PETALING JAYA, 30 Julai (Bernama) -- Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) hari ini mengumumkan tambang baru bagi perkhidmatan bas mengikut zon yang akan berkuatkuasa mulai 1 Sept depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suffian Baharuddin berkata RapidKL akan memperkenalkan struktur tambang mengikut zon bagi kesemua 165 laluan bas sekaligus menggantikan tambang pas harian yang dilaksanakan RapidKL ketika ini.

"Kadar tambang baru itu membabitkan perubahan daripada konsep pas harian kepada tambang bagi setiap perjalanan mengikut zon yang direntasi, seperti yang diamalkan pengusaha bas henti-henti lain di Lembah Klang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Suffian berkata penumpang bas Tempatan kini membayar RM1 secara pas harian, namun untuk kadar baru, RM1 hanya untuk sekali perjalanan sahaja.

"Struktur tambang baru bagi bas Bandar pula adalah RM1 untuk sekali perjalanan berbanding RM2 bagi pas harian sebelum ini," katanya.

Katanya bagi bas Utama, penumpang akan dikenakan bayaran mengikut zon, iaitu RM1 bagi perjalanan satu zon, RM1.90 merentasi dua zon, RM2.50 merentasi tiga zon dan RM3 merentasi empat zon.

"Struktur tambang baru bagi bas Ekspres pula adalah RM3.80 untuk sekali perjalanan," katanya.

Suffian berkata RapidKL juga akan menawarkan kadar diskaun 50 peratus melalui tiket konsesi bagi pelajar sekolah berpakaian seragam, warga emas dan golongan orang kur
ang upaya bagi semua perkhidmatan bas Tempatan, Utama, Bandar dan Ekspres.

Selaras dengan pelaksanaan struktur tambang bas mengikut zon itu, RapidKL memperkenalkan pas perjalanan Bulanan Bas yang boleh dinikmati penumpang dengan penjimatan sehingga 50 peratus.

"Penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan bas Rapid
KL digalakkan membeli pas bulanan yang memberikan penjimatan kos perjalanan berbanding dengan membeli tiket setiap kali menaiki bas RapidKL," katanya.

Pas bulanan perkhidmatan bas Tempatan dijual pada harga RM40, pas bulanan bas untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama RM100, Pas Bulanan Integrasi untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama serta perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya dan Ampang berharga RM150.

"Bagi pas Bulanan Konsesi untuk semua laluan bas Tempatan, Utama dan Bandar pula berharga RM50," katanya sambil menambah pas-pas bulanan tersebut akan mula
dijual pada 20 Ogos.

-- BERNAMA

Sepanjang perbincangan ini berlangsung, pihak UiTM mencadangkan agar kadar RM40 sebulan diturunkan kepada RM30. Selain itu, pihak RapidKl juga disarankan untuk mempertimbangkan semula agar sistem tiket harian tidak dimansuhkan. Selain itu pendekatan tiket mingguan juga antara cadangan yang diutarakan. Walaubagaimanapun, tiada kata putus yang dicapai. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan perbincangan susulan bagi mencapai kata sepakat.

Pihak MPP telah mengedarkan borang kaji selidik secara rawak di beberapa perhentian bus dalam UiTM Shah Alam dan Seksyen 2 bagi mendapat pandangan mahasiswa UiTM terhadap isu ini.


Sebarang cadangan dan pendapat daripada warga UiTM adalah amat dialu-alukan berkenaan kadar baru RapidKl ini.

No comments:

Post a Comment