I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Wednesday, August 26, 2009

PROGRAM FESTIVAL KEMERDEKAAN (FESKEM) RAMADHAN






Festival Kemerdekaan (FESKEM) merupakan festival yang kebiasaannya diadakan setiap tahun ketika menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan. Pada tahun ini, kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar (FESKEM) sesi 2009/10 akan menganjurkan sebuah Festival Kemerdekaan berbentuk kerohanian iaitu Program FESKEM Ramadhan. Bersempena dengan itu, kami menjemput seluruh warga UiTM khususnya UiTM Malaysia. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh & Masa : 29 Ogos 2009 (2.oo ptg - 10.30 mlm)
: 30 Ogos 2009 (8.00 pagi - 12.00 mlm)
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan UiTM

Berikut merupakan tentatif program:

HARI PERTAMA(29 0GOS 2009)
Masa : 2.00 ptg - 7.00 mlm
: *Perasmian FESKEM akan diadakan jam 3 petang.
(Perasmian oleh Y.Bhg.Prof.Dato'Dr.Hj Nasuddin Othman)
Tempat : Pusat Sukan UiTM
Aktiviti : Tayangan Multimedia khas FESKEM Ramadhan

Masa : 7.00 mlm - 10.00 mlm
Tempat : Pusat Sukan
Aktiviti : Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah

HARI KEDUA(30 OGOS 2009)
Masa : 8.30 pg - 11.00 pg
Tempat : Menara Sains & Teknologi
Aktiviti : Pertandingan Kuiz FESKEM Ramadhan (saringan)

Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Tempat : Menara Sains & Teknologi
Aktiviti : Pertandingan Kuiz FESKEM Ramadhan (saringan)

Masa : 2.00 ptg - 7.oo mlm
Tempat : Pusat sukan
Aktiviti : Kuiz FESKEM Ramadhan (peringkat akhir)
Upacara penyampaian hadiah
: Bacaan Yassin & Al-Ma'tsurah

Masa : 7.00 mlm - 10.00 mlm
Tempat : Pusat sukan
Aktiviti : Majlis berbuka puasa & solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah

Masa : 10.30 mlm
Tempat : Pusat sukan
Aktiviti : Program Ambang Merdeka
( Forum, doa Khas Kemerdekaan, Solat Hajat)

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis dan semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Insya-Allah.

Sunday, August 23, 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK




Hadith

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”



SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

DI BULAN RAMADAN AL MUBARAK

1430 HIJRAH


semoga segala amalan yang di tuntut dapat di jalani dengan hati yang ikhlas

dan dapat di terima olehNYA..



Thursday, August 20, 2009

“INTERPERSONAL SKILL PROGRAM 2009” (INSPRO ‘09) ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA SELURUH PERSATUAN-PERSATUAN DALAMAN FKE














Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt kerana limpah dan kurnianya INSPRO ‘09 dapat berlangsung dengan jayanya pada 1hb sehingga 9hb ogos 2009 di Sekitar Menara S&T UiTM Malaysia yang dihadiri hampir 400 orang pelajar-pelajar FKE dan merupakan satu program yang yang julung-julung kali diadakan di FKE dan telah dirangka mempunyai element-element kombinasi antara beberapa kursus, diantaranya adalah kursus motivasi, kecemerlangan akademik mengenali potensi diri, personaliti diri dan profesionalisma dari ‘softskill’ dan manakala dari segi ilmu kemahiran pula terdapat kursus Asas Keselamatan di Tempat Kerja (Green Card Program) daripada Malaysian Construction Industry Development Board (CIDB), Interface free controller Course (IFC) daripada Syarikat Cytron Sdn Bhd dan Field Programmable Gate Array (FPGA). Program ini juga dilengkapkan lagi dengan Forum Kecemerlangan Mahasiswa dan Diskusi Bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik sebagai penutup dan sebagai medium untuk membincangkan masalah pelajar di peringkat fakulti. Sehubungan dengan itu juga, memandangkan isu penularan H1N1 juga, pihak MPP juga turut menyediakan topeng muka diedarkan kepada peserta secara percuma.

Kursus ini dirangka agar dapat melahirkan mahasiswa yang berilmu, versatil, berkeyakinan, beretika dan penuh dengan nilai-nilai murni selaras misi fakulti iaitu memartabatkan serta meningkatkan tahap intelektual bangsa dalam profesion kejuruteraan elektrik yang berorientasikan keseimbangan agama dan nilai-nilai murni menerusi penyampaian berilmu, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada akhlak dan etika profesional jurutera.

INSPRO ’09 juga merupakan sebagai salah satu platform agar semua persatuan-persatuan dalaman Fakulti Kejuruteraan Elektrik dapat bersama-sama berganding bahu dan bersepakat dalam membentuk satu program dan bekerjasama walaupun mempunyai idea dan pandangan yang berbeza, lantas dapat merapatkan lagi ukhwah di kalangan persatuan-persatuan dalaman FKE iaitu ELETA, IEEE UiTM SB, IRC, PMKE, MPP dan SMF serta membuktikan bahawa walaupun terdiri daripada ahli persatuan yang berbeza tetapi sebagai warga FKE adalah menjadi satu tanggungjawab yang sama iaitu mendokong aspirasi fakulti untuk menjadikan FKE sebuah fakulti yang unggul berteraskan kepada prinsip kecemerlangan akademik bagi menerajui dan merealisasikan wawasan bangsa yang dinamik, prograsif dan global dalam bidang kejuruteraan elektrik menerusi program bertaraf dunia supaya dapat melahirkan jurutera yang berdaya saing dan beretika seterusnya mendokong aspirasi UiTM ke arah universiti yang bertaraf dunia.

Akhir kata, semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberi banyak manfaat kepada pelajar-pelajar UiTM.


Disediakan oleh

MOHAMMAD FAIRUS BIN SALLEH

PNYDP Perhubungan & Pengantarabangsaan

Majlis Perwakilan Pelajar

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Universiti Teknologi MARA Malaysia

merangkap

Ketua Pengarah Program

Interpersonal Skill Program 2009



Friday, August 14, 2009

THE UNIVERSITY REMAINS OPEN

Announcements

University Teknologi MARA remains open and is operating on a regular schedule. All classes
are in session and students, faculty and staff are expected to report for work as normal. The
mid-semester and final examinations will also proceed as planned. Students are urged not to
listen to rumours and if in doubt, to refer to the university website which is the primary source for announcements on university affairs.

Professor Dr Mustaffa Mohamed Zain
Deputy Vice-Chancellor
Academic Affairs Division

Thursday, August 13, 2009

MAKLUMAT TENTANG PEKELILING NAIB CANSELOR BERKENAAN WABAK H1N1

Perhatian kepada semua warga UiTM

H1N1: Saranan Untuk Menagguhkan Aktiviti/Program Luar Bagi Mengawal Penularan Wabak

Berkenaan dengan Pekeliling Naib Canselor yang baru dikeluarkan, Majlis Perwakilan Pelajar sekali lagi ingin mengingatkan kepada semua, bahawa segala program yang melibatkan pelajar terutama aktiviti yang tidak berkaitan dengan keperluan wajib kurikulum disarankan ditangguhkan bagi mengelakkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius ini.

Ini selaras dengan antara langkah kelima yang disebut dalam pekeliling tersebut iaitu;

5. Dekan Fakulti, Pengarah Kampus, Ketua Program, Ketua Bahagian/Pusat/Unit, disarankan agar menangguhkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar terutama aktiviti non-akademik yang tidak berkaitan dengan keperluan wajib kurikulum bagi mengelakkan penularan wabak ini di kalangan pelajar dan warga UiTM.

Sebarang makluman tambahan sila rujuk kepada Pekeliling Naib Canselor yang telah dikeluarkan.

Sehubungan dengan itu, diharap semua warga UiTM dapat mengambil perhatian serius terhadap isu H1N1 ini.

Sekian, terima kasih.

H1N1: SOLAT HAJAT PERDANA SELEPAS SOLAT JUMAAT

Makluman kepada semua, Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama CiTU ingin memohon agar semua warga UiTM Malaysia agar kita sama-sama melakukan solat hajat memohon perlindungan daripada penularan wabak H1N1 yang lebih serius di UiTM juga negara kita khususnya.

Sehubungan dengan itu, selepas Solat Jumaat ini, akan diadakan solat hajat bagi memohon pertolongan dan perlindungan dari Nya.

Diminta kita semua agar sama-sama dapat berkikhtiar dan berdoa agar kita diselamatkan daripada segala musibah.

Dalam pada masa yang sama, kami di pihak MPP juga berharap usaha ini tidak tetumpu di dalam kampus UiTM sahaja. Diharapkan ia juga dapat dilaksanakan di surau-surau sekitar Shah Alam khususnya di sekitar Seksyen 7 bagi mengurangkan masalah kesesakan jemaah yang berlaku khususnya di kawasan Solat Jumaat sementara di Pusat Sukan.

Sekian, terima kasih.

PREMIER TALK - Strategic Leadership for the Future

Masa : 10 pagi - 1.00 tengahari
Tarikh : 13 Ogos 2009
Tempat: Marriot Hotel, Putrajaya

Dalam menerajui sasaran institusi Pengajian Tinggi Malaysia, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) telah melaksanakan program ini untuk membincangkan tentang peranan dan tanggungjawab terhadap kepimpinan institusi pengajian tinggi selaras dengan aspirasi negara melahirkan modal insan yang berpendidikan tinggi bagi mendukung wawasan dan kemajuan negara. 'Talk' ini disampaikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan telah dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi AkEPT, Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Dalam ucapan Tun Dr. Mahadhir, beliau berjaya membawa satu pengisian yang mantap mengenai cabaran dalam pimpinan institusi pengajian tinggi dan membuka minda sidang dewan yang hadir mengenai peri pentingnya pucuk pimpinan dalam menentukan kecermerlangan sesuatu organisasi dan struktur. Turut hadir dalam seminar ini adalah Menteri Pengajian Tinggi, Y.B dato' seri Mohamed Khaled Nordin dan pucuk kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara. Justeru, seluruh warga UiTM diseru agar pada berpegang pada landasan yang betul dengan berpandangan jauh kehadapan dalam merancang strategi bagi melahirkan pelapis generasi yang berketerampilan bagi membentuk kemajuan ekonomi serta kematangan demokrasi negara pada masa akan datang.

'SHAPING MINDS BUILDING LEADERSHIP'.

SEMINAR KONSEP 1 MALAYSIA

1MALAYSIA
Bersama Dato' Saifuddin Abdullah
Bersama Toh Puan Uma Sambanthan isteri mendiang Tun Sambanthan
Bersama Dato' Mukhriz Mahathir
Dalam dewan Seminar






Program - Seminar Konsep 1 Malaysia

Tempat - Hotel Marriot Putrajaya

Masa - 11 hingga 12 Ogos 2009

Dirasmikan oleh YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Baru-baru ini beberapa ahli Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia telah mengikuti sebuah seminar Konsep 1 Malaysia yang turut di hadiri oleh beberapa buah Universiti Awam dan juga Swasta serta beberapa buah agensi kerajaan. Seminar ini di anjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Objektif Seminar ini adalah untuk:

1) Untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan mengenai konsep 1Malaysia khususnya dalam golongan mahasiswa, belia dan pemimpin masyarakat mengenai matlamat dan hala tuju konsep 1Malaysia.

2) Untuk bertukar-tukar fikiran mengenai pengisian dan pelaksanaan konsep 1Malaysia.

3) Untuk membincangkan isu-isu dan cabaran-cabaran dalam merealisasikan konsep 1Malaysia.

4) Untuk meningkatkan semangat CINTAKAN NEGARA.

Pihak MPPUiTM Malaysia menyeru agar seluruh mahasiswa/i untuk bersama-sama negara dalam merealisasikan agenda dan aspirasi negara. Sesungguhnya apa yang kita kecapi sekarang adalah kerana kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu.


Wednesday, August 12, 2009

Perbincangan mengenai kadar baru Bus Rapid

Tarikh : 10 Ogos 09
Masa : 3-5 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat HEP, Tingkat 4, Canselori

Perbincangan ini dihadiri oleh Timbalan Naib Cancelor (TNC), MPP, wakil Non-Resident (NR), Wakil daripada RapidKl dan En Ahmad Shakri Tarmuchi dari unit kenderaan. Hal ini berikutan kadar baru yang baru di war-warkan oleh RapidKl. Berikut merupakan petikan daripada BERNAMA bagi tatapan pembaca blog ini dan pastinya kepada warga UiTM khasnya sebagai pengetahuan dalam isu ini:

July 30, 2009 17:08 PM

RapidKL Umum Kadar Tambang Baru Bas

PETALING JAYA, 30 Julai (Bernama) -- Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) hari ini mengumumkan tambang baru bagi perkhidmatan bas mengikut zon yang akan berkuatkuasa mulai 1 Sept depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Suffian Baharuddin berkata RapidKL akan memperkenalkan struktur tambang mengikut zon bagi kesemua 165 laluan bas sekaligus menggantikan tambang pas harian yang dilaksanakan RapidKL ketika ini.

"Kadar tambang baru itu membabitkan perubahan daripada konsep pas harian kepada tambang bagi setiap perjalanan mengikut zon yang direntasi, seperti yang diamalkan pengusaha bas henti-henti lain di Lembah Klang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Suffian berkata penumpang bas Tempatan kini membayar RM1 secara pas harian, namun untuk kadar baru, RM1 hanya untuk sekali perjalanan sahaja.

"Struktur tambang baru bagi bas Bandar pula adalah RM1 untuk sekali perjalanan berbanding RM2 bagi pas harian sebelum ini," katanya.

Katanya bagi bas Utama, penumpang akan dikenakan bayaran mengikut zon, iaitu RM1 bagi perjalanan satu zon, RM1.90 merentasi dua zon, RM2.50 merentasi tiga zon dan RM3 merentasi empat zon.

"Struktur tambang baru bagi bas Ekspres pula adalah RM3.80 untuk sekali perjalanan," katanya.

Suffian berkata RapidKL juga akan menawarkan kadar diskaun 50 peratus melalui tiket konsesi bagi pelajar sekolah berpakaian seragam, warga emas dan golongan orang kur
ang upaya bagi semua perkhidmatan bas Tempatan, Utama, Bandar dan Ekspres.

Selaras dengan pelaksanaan struktur tambang bas mengikut zon itu, RapidKL memperkenalkan pas perjalanan Bulanan Bas yang boleh dinikmati penumpang dengan penjimatan sehingga 50 peratus.

"Penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan bas Rapid
KL digalakkan membeli pas bulanan yang memberikan penjimatan kos perjalanan berbanding dengan membeli tiket setiap kali menaiki bas RapidKL," katanya.

Pas bulanan perkhidmatan bas Tempatan dijual pada harga RM40, pas bulanan bas untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama RM100, Pas Bulanan Integrasi untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama serta perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya dan Ampang berharga RM150.

"Bagi pas Bulanan Konsesi untuk semua laluan bas Tempatan, Utama dan Bandar pula berharga RM50," katanya sambil menambah pas-pas bulanan tersebut akan mula
dijual pada 20 Ogos.

-- BERNAMA

Sepanjang perbincangan ini berlangsung, pihak UiTM mencadangkan agar kadar RM40 sebulan diturunkan kepada RM30. Selain itu, pihak RapidKl juga disarankan untuk mempertimbangkan semula agar sistem tiket harian tidak dimansuhkan. Selain itu pendekatan tiket mingguan juga antara cadangan yang diutarakan. Walaubagaimanapun, tiada kata putus yang dicapai. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan perbincangan susulan bagi mencapai kata sepakat.

Pihak MPP telah mengedarkan borang kaji selidik secara rawak di beberapa perhentian bus dalam UiTM Shah Alam dan Seksyen 2 bagi mendapat pandangan mahasiswa UiTM terhadap isu ini.


Sebarang cadangan dan pendapat daripada warga UiTM adalah amat dialu-alukan berkenaan kadar baru RapidKl ini.

Gotong Royong bersama masyarakat





Pada 9 Ogos yang lalu, kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar telah bersama-sama mengikuti aktiviti gotong-royong bersama masyarakat bertempat di Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4 Shah Alam. Bermula seawal 8 pagi hingga ke tengahari program tersebut berlangsung. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru, pelajar dan masyarakat setempat yang menyertai program tersebut. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah mengecat bangunan, megemaskini buku-buku di pusat sumber, menanam pokok, susun atur perabot, mengemas setor dan sebagainya. Aktiviti ini sesungguhnya memberikan satu kenangan yang indah di samping merapatkan ukhwah dengan masyarakat setempat. Diharap aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa akan datang. Kerjasama membawa permuafakatan.

Sunday, August 9, 2009

Voice Of Student Leaders

Dengan Nama Allah
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Add Image

Nama Program



“Voice of Student Leaders”

Pengenalan

Aktiviti ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar bagi menggantikan program “Road Tour” MPP yang kebiasaannya diadakan setiap semester. Untuk pengetahuan, tujuan program ini diadakan adalah sama seperti tujuan “Road Tour” MPP diadakan iaitu lebih ingin mengetahui dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar UiTM. Tetapi perbezaannya kali ini kami (MPP) dapatkan maklumat-maklumat tersebut melalui suara-suara pemimpin-pemimpin pelajar dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF).


Objektif

1. Mengetahui masalah yang dihadapi para pelajar UiTM seterusnya cuba membantu menyelesaikan masalah mereka.
2. Menyampaikan informasi-informasi terkini tentang UiTM untuk maklumat pelajar – pelajar UiTM.
3. Berkongsi dan saling bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin-pemimpin pelajar UiTM yang lain tentang pembangunan pelajar UiTM.
4. Mengeratkan hubungan silaturahim antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF).

Anjuran

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010.

Dengan Kerjasama

Ketua-ketua Bahagian Jawatankuasa Perhubungan Pelajar
Hal Ehwal Pelajar ( HEP )

Bahagian-bahagian yang terlibat

- 50 orang dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
- 06 orang dari Ketua-ketua Bahagian Jawatankuasa Perhubungan Pelajar
Hal Ehwal Pelajar ( HEP )
- 17 orang dari Sekretariat Mahasiswa Fakulti
(25 buah fakulti)
- 17 orang dari Jawatankuasa Perwakilan Kolej
(14 buah kolej)


Jadual Program

Tarikh : 19 Ogos 2009
Hari : Rabu
Masa : 7.30 malam – 11.00 malam
Tempat : Dewan Sri Budiman, UiTM.


Wednesday, August 5, 2009

Monday, August 3, 2009

YANG DIPERTUA MPPUiTM MALAYSIA MENGULAS TENTANG WABAK H1NI DI DALAM HARIAN METRO

SUARA MPP: Pelajar UiTM diminta tenang

02 OGOS 2009

WABAK Influenza A (H1N1) kini bukan saja menyerang mereka yang pernah keluar negara, tetapi juga merebak ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Terbaru, tiga kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditutup berikutan ada beberapa pelajar disahkan dijangkiti wabak H1N1.

Mengulas mengenai penutupan tiga kampus cawangan itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Mursyidi Mohd Diah, berkata masalah itu tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, pelajar perlu mengikut arahan dan bertenang menghadapi situasi yang tidak diduga itu.

“Mursyidi dan barisan MPP menggesa pelajar yang mengalami sintom demam, batuk dan selesema segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

“Pelajar perlu lebih peka terhadap kesihatan masing-masing dan segera berjumpa jika tidak sihat.

“Ini kerana wabak ini merebak dengan cepat dan setiap antibodi pelajar adalah berbeza,” katanya.

Bagi memberi kesedaran kepada pelajar terutama bahaya H1N1 ini di samping menggalakkan mereka menjaga kesihatan dan kebersihan diri, pihaknya akan mengadakan kempen kesedaran berkaitan wabak ini.

“Buat permulaan, kami merancang mengadakan kempen di kampus induk Shah Alam dengan menyebar risalah berkaitan penyakit itu selain konvoi bermotosikal dari kolej ke kolej.

“Buat masa sekarang, kami berusaha mengumpul tenaga kerja bagi menjayakan program itu.

“Kempen menggunakan blog sudah dilaksanakan bagi memberi kesedaran bahaya wabak ini jika tidak berwaspada,” katanya.

Katanya, melalui langkah itu, pihaknya berharap masalah itu tidak berlarutan kerana penutupan kampus memberi kesan kepada pembelajaran pelajar.

“Walaupun pelajar baru memulakan pengajian di semester baru, masa dan pembelajaran mereka akan terganggu dengan penutupan kampus dan perlu mengikuti jadual baru,” katanya.