I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Friday, May 15, 2009

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KALI KE 3 DI UTHM JOHOR

Alhamdulliah..akhirnya para peserta Konvensyen khususnya dari MPP UiTM seramai 46 orang termasuk MPP dari UiTM Cawangan dari setiap negeri telah selamat tiba di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Parit Raja Batu Pahat Johor Darul Takzim. Ketibaan para peserta di sambut baik oleh pihak pengurusan UTHM khususnya MPP UTHM yang nampaknya begitu bertungkus lumus dalam menjayakan Konvensyen pada kali ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga harus di berikan kepada pihak UTHM kerana memberikan kemudahan yang cukup baik kepada semua para peserta Konvensyen. Sebanyak 20 IPTA dan 3 IPTS menyertai Konvensyen pada kali ini.

Konvensyen ini telah di adakan untuk kali ke 3 di mana UTHM menjadi tuan rumah untuk kali ini. Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Kepimpinan & Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM) di bawah sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor (HEPA) UiTM.

Konvensyen kali ini bertemakan "Mahasiswa Teras Pembangunan Modal Insan Cemerlang" ini diharap dapat membentuk dan melahirkan barisan pimpinan pelajar yang kental dan mempunyai sahsiah diri yang cemerlang.

Objektif Konvensyen ini ialah untuk :

* Memberikan pendedahan dan pengalaman kepada barisan pemimpin pelajar mengenai dasar-dasar negara, integriti dan kepimpinan.

* Mengimbau kembali perjuangan pemimpin-pemimpin mahasiswa terdahulu dalam pembangunan intelektual, bangsa dan negara.

* Meningkatkan ketrampilan dan ketokohan pemimpin pelajar.

* Membentuk semangat jati diri pemimpin pelajar supaya sentiasa berilmu, berkeyakinan, cemerlang, gemilang dan terbilang.

* Mewujudkan hubungan (rangkaian) di kalangan pemimpin pelajar IPTA.

Akviti-aktiviti pada hari ini :-

1. Pendaftaran para peserta Konvensyen MPP.
2. Ucapan aluan TNC HEPA UTHM
3. Sesi bersama Kementerian Pengajian Tinggi.


Jumpa lagi untuk post seterusnya nanti....



Gambar untuk hari ini...

2 comments:

  1. Salam,

    Minta ditambahkan nama-nama MPP UiTM Malaysia yang menghadiri konvensyen ini.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH atas kejayaan kita bersama di UTHM

    ReplyDelete