I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Sunday, May 10, 2009

Ruangan FORUM untuk Warga UiTM

Salam Ukhwah…

Bertemu kembali warga UiTM Malaysia. Setelah selesai bertarung dalam peperiksaan yang tamat pada 10 Mei 2009 ini diharapkan semua warga UiTM akan fokus dengan aktiviti pada masa cuti yang akan datang. Selain daripada itu, MAJLIS KONVOKESYEN kali ke 70 akan berlangsung dari 26 Mei 2009 sehingga 3 Jun 2009. oleh yang demikian, sesiapa yang terlibat SELAMAT BERJAYA dan TAHNIAH!!

Buat pengetahuan semua, disini ingin diuar-uarkan ruangan FORUM yang baru dibuka khas untuk semua warga UiTM. Para pelajar boleh melayari ruangan ini melalui web site dan blog MPP sendiri. Ruangan forum ini menerima segala aduan, cadangan dan komen dari para pelajar bagi proses penambahbaikkan kita sebagai warga UiTM.

Oleh yang demikian, selamat berFORUM dan SELAMAT BERCUTI dan tidak lupa juga kepada para pelajar yang menjalani praktikal SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI..

10 comments:

  1. Secara jujur, saya lagi suka forum yang lagi satu:

    http://www.forum.siswauitm.com/

    *terima kasih kepada sesiapa yang bertanggungjawab membina forum tersebut

    Tak dapat nak sebarkan tentang forum ini sebab cbox MPP dah kena tutup (satu langkah yang terburu-buru bagi saya). Mungkin MPP patut buangkan saja mana-mana mesej yang melampau, selain daripada membuangkan terus cbox yang menjadi tempat perbincangan utama pelajar-pelajar.

    Minta pertimbangkan perkara ini.

    Terima kasih...

    ReplyDelete
  2. salam kepada saudara/i,
    terima kasih kerana mengunjung. kami akan adakan bahagian cbox itu, tapi buat masa sekarang kami gunakan ruangan forum terlebih dahulu.
    buat pengetahuan semua, sebelum ini kami telah menapis segala mesej yang agak kurang senang dibaca namun terdapar banyak aduan yang menyatakan bahawa tiada ketelusan di pihak kami dan pelajar lain tidak dapat mengetahui apa yang berlaku.
    oleh yang demikian, kami akan bawakan hal ini dalm mesyuarat pusat MPP yang akan datang.

    terima kasih dan salam ukhwah..

    ReplyDelete
  3. setuju dengan G tentang forum portal siswa UiTM yang lebih 'menarik'..

    bagi pendapat saya, cbox (chat) dan forum adalah dua medium yang berbeza.. chat lebih sempoi sedangkan forum lebih serius.. kedua2 patut ada dan bergantung pada student lebih selesa menggunakan medium yang mana... apa yang berlaku sebelum ini adalah 'kesilapan' penggunaan nama e-aduan pada ruang cbox itu.. e-aduan sepatutnya disediakan di forum..

    saya pun tak setuju ruang cbox ditutup secara tergesa-gesa tanpa pemberitahuan dan rasional ia dilakukan... ruang itu boleh digunakan untuk pelajar berborak dengan MPP (berborak bukan menghina seperti yang dilakukan beberapa individu tak bertanggungjawab sebelum ini).. anda sepatutnya mengubah nama e-aduan bukannya menutupnya terus dan membuatkan blog anda jadi sunyi...

    apapun tahniah untuk forum yang baru anda reka.. besar harapan saya agar forum tersebut dapat dikawal selia sebaiknya.. anda sedang 'berlawan' dengan forum portal siswa UiTM yang juga masih baru... ingat, pelajar akan membandingkan anda dengan pengendali forum tersebut.. jujur kalau bagi saya secara peribadi, saya lebih suka portal siswa UiTM yang sedap mata memandang, lebih banyak link dan saya yakin ia dikendalikan oleh orang yang tahu banyak tentang UiTM (mungkin juga dia pernah menjadi MPP atau pernah pegang jawatan besar di UiTM)

    saya hanya boleh memberikan pendapat.. apapun saya yakin barisan MPP tahu apa yang lebih baik untuk organisasi anda... semoga maju jaya!

    ReplyDelete
  4. Dilema MPP..

    Saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit coretan di topik ini kerana ia agak menarik perhatian saya untuk dikongsi. Badan tertinggi pelajar UiTM adalah MPP. Mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar. Sebagai seorang MPP, mereka juga seorang pelajar yang menjadi tanggungjawab hakiki.
    Walau bagaimanapun, individu yang menjadi MPP itu adalah orang yang terbaik. Ini kerana mereka sanggup menyandang jawatan tersebut biar susah dan perasaan berbelah bagi. Khidmat MPP adalah mulia berbanding mereka yang terus menagih dan terus mengkritik MPP tanpa pertimbangan dan pengetahuan yang tepat dalam situasi sebenar.
    Menganggotai MPP bermakna "mencabar diri sendiri". Mengapa? ...Anda harus bijak menjalankan dua tugas serentak iaitu 1)belajar selaku mahasiswa 2) memimpin organisasi pelajar.
    Yang menarik perhatian saya adalah bagaimana MPP untuk melaksanakan kedua-duanya. Bangun dan jatuhnya badan MPP adalah bergantung kepada KETUAnya dan harus didokong oleh KABINETnya. Ketua yang EMPAT berperanan untuk memimpin mengikut bidang kuasa masing-masing.

    Antaranya:
    1) Menyelaras Tugas dan Tanggungjawab Exco

    -menyediakan skop tugasan/ tanggungjawab yang jelas
    -meletakkan sasaran atau matlamat yang ingin dicapai
    -merancang strategi pelaksanaan tugas supaya mencapai matlamat yang disasarkan
    -mengorganisasi (jika perlu) jawatankuasa untuk melaksanakannya
    -bertanggungjawab untuk mengetuai perancangan strategik tersebut
    -mengawal dan menyelia supaya tidakan yang diambil sejajar seperti perancangan dan tidak tersasar dari matlamat
    -follow-up untuk memastikan tiada kecacatan, sekiranya ada segera ambil tindakan pembetulan.
    -hasil (outcome) mestilah didokumenkan untuk rujukan dan laporan

    2) Memotivasi Exco

    -Pembesar berEMPAT harus bijak untuk mengekalkan prestasi, komitmen dan semangat kabinetnya. Motivasi adalah salah satu bagaimana untuk mengekalkan performance. Antaranya:
    a) Rewards
    b) Galakan idea dan inovasi
    c) Motivasi semangat
    d) Perbincangan ilmiah/diskusi
    e) Tunjuk ajar
    f) Kepentingan tugas tersebut

    Walau bagaimanapun, prestasi memang sukar untuk dikekalkan, maklumlah manusia. Sebaliknya kaedah lain adalah seperti:
    a) Denda/ threat
    b) Penjelasan implikasi perbuatan tidak melaksanakannya/ consequences

    Kadang-kadang persekitaran banyak membantu dalam menjalankan tugas. ini kerana persekitaran yang kondusif banyak membantu perolehan idea dan memudahkan tugas. Persekitaran yang dimaksudkan adalah:
    a) Ahli-ahlinya berada secara terpusat
    b) Kemudahan peralatan dan fasiliti sebagai sokongan
    c) Semua individu mempunyai interest yang sama (sharing same interest)

    Semua tindakan di atas mestilah dipantau dan diselia SECARA BERTERUSAN (bukan tenggelam timbul). Inilah tugas utama mereka berEMPAT. Apa lagi tugas nak dibuat mereka selain ini? Kabinet membantu mereka melaksanakan perancangan. Mereka berEMPAT hanya perlu menyediakan formula, merangka, memikir bagi pihak kabinet,dan akhir sekali memotivasi supaya KABINET bertenaga untuk melaksanakan tugasan diberikan. Takkanlah anak buah yang MEMOTIVASI mereka berEMPAT?!! Terbalik pulak jadinya.

    Semua kemahiran ini boleh diperolehi melalui pengalaman dan pemerhatian. Yang penting kita mestilah menjadi seorang fast learner biarpun kita orang baru. Jangan segan dan malu untuk bertanya pada yang LAMA. Menuntut ilmu jangan malu bertanya, kalu malu rugi dan sesat jalan.

    Penulisan di atas adalah soft skill yang anda akan dapat dan pelajari dalam MPP dan aktiviti pelajar. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Tulisanku bukan untuk mencerca atau merendahkan mana-mana pihak tetapi sekadar perkongsian. Ilmu di atas boleh juga dibaca dalam banyak buku-buku rujukan Management.

    Sekian..

    PENA KHAS

    ReplyDelete
  5. meor iszwan said...
    jujur kalau bagi saya secara peribadi, saya lebih suka portal siswa UiTM yang sedap mata memandang, lebih banyak link dan saya yakin ia dikendalikan oleh orang yang tahu banyak tentang UiTM (mungkin juga dia pernah menjadi MPP atau pernah pegang jawatan besar di UiTM)

    saudara meor kenal dengan pengendali tu ke? berdasarkan apa saudara berkata demikian.
    ps: cadangan, kedua-dua forum ini boleh digabungkan. nampak seperti portal siswa UiTM tu mmg masih baru dan kurang juga promosi. ada mekanisme yang boleh digunakan pakai oleh mpp.

    ReplyDelete
  6. buat pengetahuan saudara Perindu..

    saya tidak mengenali siapa pengendali forum berkenaan dan beliau juga enggan dedahkan identitinya apabila ditanya oleh saudari G.. anda boleh rujuk dalam tajuk Pembuka bicara di forum tersebut..

    ReplyDelete
  7. Ini ada satu maklumat penting kepada semua pelajar, kakitangan dan alumni yg beragama Islam, Ia berkenaan pengucapan kalimah syahadah yang salah, dan kemungkinan ia ada berlaku dalam kampus-kampus UiTM:

    Sila rujuk kepada website rasmi CITU UiTM bahagian Diskusi Isu Semasa Agama...

    ReplyDelete
  8. Salam..

    "Geng UITM Jengka".Laman Sosial Pertama UITM.
    Mmg bangga pelajar uitm sendiri mampu buat laman sosial seperti Facebook or Myspace:)
    Jom Support~

    http://genguitmjengka.com

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. alamak....sume link2 di atas dan invalid ker? nape x bole bukak? saye pn x-uitm gak...sesape yg nk buat website, mcm2 website, yg mcm fbook pn boleh. Sila contact sy.

    http://www.ewallzsolutions.co.cc

    ReplyDelete