I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Friday, July 24, 2009

Cuti Pertengahan Semester Di awalkan


Untuk pengetahuan seluruh warga Uitm, cuti pertengahan semester diawalkan iaitu bermula pada 27 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009 atas sebab-sebab tertentu. Sebarang pindaan jadual aktiviti SAF akan dimaklumkan dari masa ke masa. Warga UiTM dinasihatkan agar menjaga kesihatan sepanjang cuti.
P/S: Perasmian Sukan Antara Fakulti (SAF) akan dijalankan seperti dijadualkan iaitu pada pukul 8 malam 24 Julai 2009.

7 comments:

  1. Terdapat info yang salah diatas...
    "jadual aktiviti SAF akan berlangsung seperti biasa sehingga ahad, 26 Ogos 2009"

    sepatutnya 26 Julai bukan 26 Ogos..

    perhatikan ayat dengan baik sebelum post.. PLEASE JANGAN SEBARKAN MAKLUMAT YANG TIDAK TEPAT!

    ReplyDelete
  2. cuti semester sampai 2 august atau 3 august? mane 1 yg betol?

    ReplyDelete
  3. Kalau cuti diawalkan, bagaimana dengan nasib pelajar2 yang dah booking tiket flight untuk balik raya nanti? Especially Borneos' student like me..Boleh claim tiket pampasan dari UiTM ke?

    ReplyDelete
  4. serius jadual macam biasa til 26july...?
    sebab member2 aku yang duk daftar jadi atlit suma dah blahhh...

    ReplyDelete
  5. Cuti sehingga 2 ogos 2009. Makluman baru, aktiviti SAF bermula 25 Julai telah dipinda ke tarikh-tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

    ReplyDelete
  6. saya hampir terlepas acara pembukaan..

    ReplyDelete
  7. Salam Perjuangan,

    Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

    Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat pelajar2 agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras dalam mencapai kejayaan di dalam Arena Pendidikan Negara.

    Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dalam melaksanakan prgm2 yang mampu membangkit semangat pelajar untuk terus berjuang.

    Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

    Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

    MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
    Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
    GPMS Cawangan Wangsa Maju,
    Wilayah Persekutuan.

    ps : Blog anda kami telah senaraikan antara blog pilihan di blog kami.

    ReplyDelete