Thursday, May 28, 2009
ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM YANG KE-70
Kami dari Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA Malaysia sesi 2009/10 mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas penerimaan graduasi kepada seluruh graduan UiTM Se-Malaysia.
Semoga anda semua beroleh kejayaan di masa-masa yang akan datang...InsyaAllah
Malaysia’s Trusted Brand: UiTM Wins Award in “Universities” Category
Universiti Teknnologi MARA (UiTM) has been awarded the 2009 Reader’s Digest Trusted Brands in the category of “universities” in Malaysia, reflecting the continued trust and confidence the people of Malaysia have in the University.
The award honours the university’s commitment to deliver its promises and meet the expectations of its students, parents and the community at large. Simon Cholmeley, Group Advertising Director for Reader’s Digest Asia says, “The winners of the Reader’s Digest Trusted Brands Awards are the leaders in their categories – the top choices of consumers. These brands have proven their commitment to quality, value, innovation, and to answering consumers’ everyday needs.”
Initiated in 1998, the Reader’s Digest Trusted Brand research study is recognized as one of the most representative and objective branding surveys in the region. The survey is based on responses received from 1000 telephone and postal interviews conducted across different sectors of Malaysian society. Respondents are asked to rate the university they name on six factors: Trustworthiness & Credibility, Quality, Value, Understanding of Customer Needs, Innovation, and Social Responsibility.
UiTM Vice-Chancellor, Dato’ Seri Professor Dr. Ibrahim Abu Shah said that the award was a fantastic achievement for the university. “We are proud to receive the award as it is an endorsement of our continuous efforts to evolve and update in order to provide the best teaching methods and facilities for our students. We have place renewed emphasis on quality improvement as well as research and innovation so as to achieve greater heights in academic excellence”. The Vice-Chancellor also expressed his appreciation to the Malaysian people for their vote of confidence and trust in UiTM.
Wednesday, May 27, 2009
UiTM terus martabat bangsa
SHAH ALAM 26 Mei – Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan terus menjadi universiti yang menitikberatkan aspek sosioekonomi antara kaum melalui pendidikan.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Abu Shah berkata, ia selaras dengan agenda utama pertubuhan universiti yang akan terus memartabatkan kaum untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing.
“UiTM sebuah universiti yang memberi fokus kepada pembangunan keintelektualan dan keupayaan satu kaum iaitu Melayu bumiputera.
“Jadi, UiTM berpegang kepada prinsipnya membetulkan ketidakseimbangan dalam aspek sosioekonomi antara kaum melalui sistem pendidikan,” katanya pada Majlis Konvokesyen ke-70 UiTM di sini hari ini.
Turut berangkat, Yang di-Pertuan Agong yang merupakan Canselor UiTM, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Majlis Konvokesyen UiTM kali ini berlangsung lapan hari bermula hari ini sehingga 3 Jun.
Konvokesyen kali ini menyaksikan 13,881 graduan menerima diploma, diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).
Ibrahim berkata, berbekalkan peranan yang dimainkan itu, UiTM telah berjaya menempa nama sebagai universiti komprehensif yang berjaya menandingi kebanyakan universiti penyelidikan yang lebih lama.
Sementara itu, dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekarang, beliau berharap supaya graduan UiTM tidak mudah berputus asa malah akan terus berusaha untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan mereka.
“Kepada graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian, gunakan kejayaan yang diperolehi ini untuk memajukan diri untuk terus memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.
Tuesday, May 26, 2009
Jangan lagi Pertikai status UiTM
Jangan lagi pertikai status UiTM
Oleh AZIAN AZIZutusanselangor@utusan.com.my
SHAH ALAM 26 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan semua pihak agar tidak lagi mempertikaikan status dan kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk bumiputera.
Seri Paduka mengingatkan selama ini UiTM telah membuktikan keupayaannya sebagai antara pengimbang sosial utama dalam kalangan kaum di negara ini.
''Dengan keseimbangan inilah negara kita menjadi stabil dan makmur dalam pelbagai aspek.
''Oleh itu janganlah ada lagi pihak yang mempertikaikan status dan kedudukan UiTM ini," titah Seri Paduka.
Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen Ke-70 UiTM yang menyaksikan seramai 13,881 graduan menerima diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah masing-masing, di sini hari ini.
Turut mencemar duli hadir ialah Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Tuanku Mizan turut menyarankan warga universiti agar terus meningkatkan martabat UiTM ke tahap tertinggi dalam apa sahaja bentuk penilaian sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Titah Seri Paduka yang juga Canselor UiTM, ini bersesuaian dengan slogan universiti tahun ini iaitu 'Pencapaian Bersama, Pengiktirafan Dunia.'
''Oleh itu semua kakitangan hendaklah memberi sokongan dan komitmen mutlak dengan penuh semangat setiakawan untuk memacu universiti ini lebih maju ke hadapan dan lebih gah serta dihormati.
''Bukan sahaja dari segi saiz, malah sumbangannya terhadap penerokaan ilmu demi kesejahteraan semua," titahnya.
Tuanku Mizan turut melahirkan rasa syukur kerana ketika dunia sedang menghadapi krisis ekonomi dan merebaknya virus influenza A (H1N1), negara masih stabil dan aman kerana semua rakyat bersatu di bawah pimpinan pemimpin yang bijaksana.
Bagaimanapun, baginda menasihatkan semua rakyat agar tidak lalai dan berpuas hati dengan apa yang ada sebaliknya sentiasa mencari jalan memajukan tamadun dan pemikiran bangsa.
''Beta juga menyeru kepada semua graduan agar gunakanlah, bukan sahaja ijazah tetapi yang pentingnya ilmu pengetahuan masing-masing untuk memakmurkan dunia ini dengan nilai-nilai murni kemanusiaannya.
''Kepada rakyat Malaysia yang belum mempunyai ijazah dan ingin melanjutkan pelajaran tak kira tua atau muda, beta nasihatkan agar rebutlah peluang untuk menuntut ilmu kerana menuntut ilmu itu tiada batasannya," titah Seri Paduka.
Tuanku Mizan mengakhiri titahnya dengan mendoakan UiTM dan para graduannya terus menjadi tonggak pembangunan bangsa serta menjadi benteng kukuh dalam mempertahankan agama dan kedaulatan negara.
Friday, May 15, 2009
KONVENSYEN KEBANGSAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KALI KE 3 DI UTHM JOHOR
Konvensyen ini telah di adakan untuk kali ke 3 di mana UTHM menjadi tuan rumah untuk kali ini. Konvensyen Kebangsaan MPP IPTA merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Majlis Kepimpinan & Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM) di bawah sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor (HEPA) UiTM.
Konvensyen kali ini bertemakan "Mahasiswa Teras Pembangunan Modal Insan Cemerlang" ini diharap dapat membentuk dan melahirkan barisan pimpinan pelajar yang kental dan mempunyai sahsiah diri yang cemerlang.
Objektif Konvensyen ini ialah untuk :
* Memberikan pendedahan dan pengalaman kepada barisan pemimpin pelajar mengenai dasar-dasar negara, integriti dan kepimpinan.
* Mengimbau kembali perjuangan pemimpin-pemimpin mahasiswa terdahulu dalam pembangunan intelektual, bangsa dan negara.
* Meningkatkan ketrampilan dan ketokohan pemimpin pelajar.
* Membentuk semangat jati diri pemimpin pelajar supaya sentiasa berilmu, berkeyakinan, cemerlang, gemilang dan terbilang.
* Mewujudkan hubungan (rangkaian) di kalangan pemimpin pelajar IPTA.
Akviti-aktiviti pada hari ini :-
1. Pendaftaran para peserta Konvensyen MPP.
2. Ucapan aluan TNC HEPA UTHM
3. Sesi bersama Kementerian Pengajian Tinggi.
Jumpa lagi untuk post seterusnya nanti....
Gambar untuk hari ini...
Sunday, May 10, 2009
Ruangan FORUM untuk Warga UiTM
Bertemu kembali warga UiTM Malaysia. Setelah selesai bertarung dalam peperiksaan yang tamat pada 10 Mei 2009 ini diharapkan semua warga UiTM akan fokus dengan aktiviti pada masa cuti yang akan datang. Selain daripada itu, MAJLIS KONVOKESYEN kali ke 70 akan berlangsung dari 26 Mei 2009 sehingga 3 Jun 2009. oleh yang demikian, sesiapa yang terlibat SELAMAT BERJAYA dan TAHNIAH!!
Buat pengetahuan semua, disini ingin diuar-uarkan ruangan FORUM yang baru dibuka khas untuk semua warga UiTM. Para pelajar boleh melayari ruangan ini melalui web site dan blog MPP sendiri. Ruangan forum ini menerima segala aduan, cadangan dan komen dari para pelajar bagi proses penambahbaikkan kita sebagai warga UiTM.
Oleh yang demikian, selamat berFORUM dan SELAMAT BERCUTI dan tidak lupa juga kepada para pelajar yang menjalani praktikal SELAMAT MENJALANI LATIHAN INDUSTRI..
Rumusan Mesyuarat MMS Mei 2009
Pada 23 Mei 2009 Pendaftaran pelajar baru Asasi (Sains, Kejuruteraan, TESL & Undang-Undang) akan berlangsung. Buat pengetahuan semua seramai 1200 orang yang akan mendaftar. Bagi warga Perindu, Meranti, Kenanga, Mawar dan Melati bersedia dan maniskan muka anda bagi menjemput dan meraikan kedatangan Pelajar Baru (PB) sesi Mei ini. Berikut disediakan sedikit maklumat ringkas untuk semua :
Pelajar Baru
Siswa - 540 orang - Kolej Perindu, Meranti dan Kenanga
Siswi - 660 orang - Kolej Mawar dan Melati
Selain daripada itu, terdapat beberapa tarikh penting yang telah dibincangkan bagi program yang akan berlangsung sempena Minggu Mesra Siswa (MMS) Kecil Mei 2009. MMS ini akan berlangsung bermula 23 Mei 2009 sehingga 28 Mei 2009. Pelajar Asasi akan memulakan pembelajaran pada 1 Jun 2009. Dibawah disertakan sedikit DRAFT TENTATIF PROGRAM untuk pengetahuan warga UiTM Malaysia :
Aktiviti | Tarikh |
Pendaftaran Pelajar di Kolej | 23 Mei 2009 |
Pendaftaran UiTM | 24 Mei 2009 |
Program HEP/MPP | 25 Mei 2009 |
Program HEP/MPP | 26 Mei 2009 |
Biro Tatanegara (BTN) | 27 Mei 2009 |
Taklimat Fakulti | 28 Mei 2009 |
Rehat | 29 - 31 Mei 2009 |
Pelajar Asasi mula kelas | 1 Jun 2009 |