I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Tuesday, April 21, 2009

KAMPUS 'SMART' UITM PUNCAK ALAM

UiTM Kampus Puncak Alam adalah kampus satelit kedua UiTM selepas kampus puncak perdana di kawasan Shah alam ini. Kampus ini adalah 3 kali ganda besarnya dari kampus Induk di UiTM Shah alam Seksyen 2. Projek yang dikendalikan oleh Triplc Holding ini telah pun siap fasa 1 dan mempunyai 3 fasa lagi yang akan siap akan datang. Untuk pengetahuan semua, fasa1 ini akan menempatkan beberapa buah Fakulti yang akan berpindah ke Kampus yang serba indah ini. Antara Fakulti-Fakulti yang akan berpindah ke UiTM Puncak Alam pada semester hadapan adalah:-

1. Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat
2. Fakulti Farmasi
3. Fakulti Sains Kesihatan

Kampus ini mempunyai 3 fasa yang masih dalam pembinaan dan di jangka akan siap dalam beberapa tahun yang akan datang. Di sini disertakan beberapa buah gambar yang diambil semasa lawatan MPP ke Kampus ini.



Untuk sebarang pertanyaan lanjut tentang Kampus ini, anda boleh meninggalkan komen di ruang komen dan InsyaAllah MPP akan menjawabnya. Terima Kasih.

23 comments:

  1. assalamualaikum..tahniah.makin bertambah bilangan kemudahan yg disediakan kpd pelajar. diharap kesesakan makin dapat dikurangkan dan integriti mahasiswa dpt dipertingkat.namun saya mempunyai satu kemusykilan berkenaan pentadbiran disana..adakah bakl2 pentdbir lama akan berpindah ke sana atau pelapis2 baru akan diserapkan..?adakah dengan terbinanya cawangan Puncak Alam akan dapat mengurangkan kadar pengangguran dikalangan mahasiswa sendiri..?
    ..berapa peratus agaknya bakal graduan akan diserapkan untuk berkhidmat disana..?

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

    Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

    ReplyDelete
  3. salam... adakah kemudahan kolej/bilik asrama disana lengkap? ada toilet didalam setiap bilik?
    st lagi, sure ker faculty education pindah juge?

    ReplyDelete
  4. salam..
    ada x map nk p uitm nih?
    please..=]

    ReplyDelete
  5. betul ke fakulti pendidikan pun akan berpindah ke puncak alam? bila kampus ni akan beroperasi sepenuhnya?

    ReplyDelete
  6. adakah kat sana sudah ada kedai untuk kemudahan pelajar...jika belum diwujudkn saya sebagai seorg pelajar berminat untuk membuka sebuah kedai kecil di asrama perempuan bleh tak?...

    ReplyDelete
  7. salam...adakah kemudahan kedai di puncak alam sudah lengkap...klu blm lg...saya sbgai seorg pelajar berminat untuk membuka sebuah kedai runcit yg kecil untuk kemudahan para pelajar yg tinngal di kolej perempuan...

    ReplyDelete
  8. Salam..kepada saudara ili209, anda boleh menghubungi saudara Fariz di talian 012-7391451 bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan persoalan tersebut.
    Menjawab persoalan yang dikemukakan oleh green s erene, kampus ini akan beroperasi pada semester hadapan yakni bermula Julai. seperti yang dimaklumkan diatas fakulti yang akan berpindah ke Puncak Alam.
    *ThAniAh_2YaT*('',), kami akan usahakan bagi mendapatkan plan yang tepat bagi laluan ke Puncak Alam. sekiranya telah ada, akan kami uar-uarkan.
    Untuk makluman semua, kolej di Puncak Alam berbentuk apartment yang mana setiap rumah mempunyai tiga bilik dan bilik air disediakan didalam setiap rumah.

    ReplyDelete
  9. bestnya....kemudahan dr pic nampak cantik menarik and selesa. diharap mendapat diselenggara dan dijaga dgn baik.
    saya pelajar uitm fakulti sains gunaan akan berpindah ke puncak alam jugak ke one day..?

    ReplyDelete
  10. Tahniah UiTM.

    Kita lupakan apa yang orang kata tentang universiti kita, janji kita terus MARA ke hadapan.

    Btw, masih tertanya-tanya either saya dapat kat puncak alam atau kampus induk cuz saya tengah tunggu result penerapan student asasi..huhu..wish me luck!

    ReplyDelete
  11. salam..nak tny la..lepas daftr di induk, ade xtvti ape lps dftr 2??

    ReplyDelete
  12. salam,nak tanya skit,kat sana ada gym x?

    ReplyDelete
  13. o0o tidak..
    aku bakal blajar di sana sesi julai 2009 ni..
    tlong bg tnjuk ajar kpd junior...

    @_@

    ReplyDelete
  14. ak pon same...bakal dak dietetic and nutrition...yoroshiku ne~~~

    ReplyDelete
  15. Rasanya puncak alam bukan kampus satelite.. Kampus Puncak Alam, Cawangan Selangor.

    ReplyDelete
  16. sy student mi..dgr citert kita owang nie nk pindah sne..dalam umah ader wifi gak kew??

    ReplyDelete
  17. asmkm... sy nak tye betul ke student part 4 n keatas tourism management akn berpindah ke puncak alm untuk sesi januari - jun 2010 ...

    ReplyDelete
  18. selain fakulti disebutkan di atas,fakulti apakah lagi yg akan berpindah ke puncak alam pada sesi 2010?Adakah fakulti hotel n tourism akan berpindah ke sana juga?

    ReplyDelete
  19. puan rozian ckp kn, fakulti hotel n tourism utk bdk hotel mgt part 4 akan pindah ke puncak alam juga..mmg sedey ni sbb dgr2 kta trpksa share fakulti dgn rg lain(da besa x share fak)he3..hu3...
    tp, dgr2 bdk culinary x pindah sbb kitchen blm siap..

    ReplyDelete
  20. boleh post kan lebih banyak gambar kampus uitm puncak alam?

    ReplyDelete
  21. boleh saya dapatkan maklumat mengenai UiTm Puncak Alam :
    1. D.V.C / Pengarah Kampus
    2. Keluasan Kampus
    3. Bilangan Pelajar & Kakitangan

    ReplyDelete
  22. Salam,
    Saya tinggal berdekatan dengan UiTM ini.
    Berharap dapat buka kedai di dalam kawasan kampus.
    Boleh beri pendapat?

    ReplyDelete
  23. Salam,
    Saya tinggal berdekatan dgn kampus Uitm Puncak Alam. Saya berminat untk menjawat jawatan sebagai kerani di sini..sekiranya ada kekosongan boleh tk menghubungi saya di e-mail : ctehrobitah@yahoo.co.uk

    ReplyDelete