I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Tuesday, April 14, 2009

KURSUS KEPIMPINAN & PENGURUSAN ORGANISASI UiTM MALAYSIA 2009

TEMPAT: UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM
TARIKH: 10, 11 & 12 APRIL 2009

anjuran:
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR(HEP)

dengan kerjasama:
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/10

10 APRIL 2009










Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) ini merupakan satu platform yang kursus bagi barisan kepimpinan merangkumi Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK), Sekretariat Mahasiwa Fakulti (SMF), Persatuan Dalaman dan juga Kepimpinan Pasukan Beruniform untuk menimba ilmu dalam usaha menerajui kepimpinan organisasi masing-masing disamping merapatkan jalinan silaturrahim sesama peserta dan pihak pengurusan.Program yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini mempunyai banyak pengisian dan slot-slot memberikan banyak input kepada peserta. Disamping itu terdapat banyak sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk memberi pendekatan dan simulasi kepada para peserta.

Antara pengisiannya adalah seperti berikut:
Sesi 1 : Evolusi Tanah Melayu
Sesi 2 : Sikap
Sesi 3 : Perasmian & sesi bersama Timb. naib Canselor HEP & Alumni
Sesi 4 : Akta 174, perkara 153 & Kontrak Sosial
Sesi 5 : Forum Wawasan Kepimpinan Mahasiswa
Sesi 6 : Pengurusan Organisasi
Sesi 7 : Kewangan Pelajar

Semoga KPO ini memberikan sebanyak mungkin ilmu, pengalaman, pendedahan kepada nilai-nilai kepimpinan kepada para peserta untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang pemimpin. Semoga barisan kepimpinan pelajar UiTM mengikuti KPO ini dapat memperkasakan kepimpinan mereka bagi mencapai misi dan visi universiti lantas membawa bakti kepada agama, bangsa dan negara.

5 comments:

  1. Salam...
    Satu kelemahan yang saya dapat perhatikan adalah, persatuan - persatuan dalam uitm tidak terlalu didedahkan dengan cara bagaimana nak menguruskan sesuatu organisasi mengikut perlembagaan persatuan. Ramai tak dikalangan kita yang menyertai sesuatu persatuan membaca perlembagaan yang telah diwujudkan dan menjadi asas kepada sesuatu pertubuhan. Jika pemimpin persatuan sendiri tidak tahu akan perlembagaan mereka, apa yang perlu mereka lakukan, jangan harap ahli - ahli nak tahu isi kandungan persatuan. Apa hak mereka dan sebagainya.

    Tidak ramai yang tahu setiap tahun, mengikut resminya, setiap persatuan mestilah mengadakan AGM mereka. Setiap kali AGM, akaun persatuan hendaklah dibentangkan, apa aktiviti yang pernah dilakukan, yang bakal dilakukan, perlantikan AJK dan sebagainya.

    Banyak yang perlu diperhalusi kalau benar - benar nak persatuan dalam uitm ni lebih ok. KPO... jangan buat KPO sekadar nak melepaskan tanggungjawab.

    Aktiviti yang dirancangkan biarlah selari dengan maksud KPO tu sendiri.

    Sekian untuk penambahbaikan...

    ReplyDelete
  2. salam peperiksaan

    sokong pendapat azam.
    sepanjang 3 tahun saya berpersatuan, saya tak pernah lihat, atau ditunjukkan dengan perlembagaan persatuan (walaupun saya salah seorang jawatankuasa penaja-yang menubuhkan- kelab 3B dan SEEDS).

    terus terang saya hanya tahu kewujudan dan baca perlembagaan persatuan (akta-akta yang berkaitan HANYA PADA MESYUARAT AGUNG MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA SAHAJA, dan GPMS (tetapi gpms tidak memberikan salinan kepada peserta/ahli)

    pimpinan persatuan perlu tahu dan peka dengan perkara ini.


    p/s:
    tapi KPO kali ini lebih baik daripada yang dianjurkan tahun lepas.(hehe...saya dah 2 kali datang KPO dengan pengisian yang hampir sama) alhamdulillah.

    insyaAllah tahun depan akan jadi lebih baik lagi...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    boleh tak saya nak dapatkan salinan senarai barisan kepimpinan yang diwar-warkan untuk diberikan kpd sesiapa yang nak semasa hari penutup?

    emel: truthness_seeker@yahoo.com
    terima kasih..

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah buat rakan2 seperjuangan mpp...
    sedik komen mengenai KPO yg lepas...
    saya antara peserta yang tidak dapat hadir..
    maaf dan sy nak bagi komen sikit kenapa buat pada tarikh dan masa yang amat7 tidak sesuai?ketika dimana ramai pelajar yang buat perbentangan final projek,dan pada ketika dimana semuanya sibuk dengan stdy week dan jugak perkara2 yang lebih penting mengenai pembelajaran kita di universiti ini..sy amatlah tidak berpuas hati dengan tarikh dan masa yang dibuat..diharap selepas ini bila membuat apa2 lihat la tarikh yang sesuai..yer..:)
    satu lagi..kenapa buat KPO ketika dah hujung2 sem?...
    dan pengisianya memang la sama jer..uhh..
    sepatutnya kpo di awal sem....nama pun kpo kursus pengurusan organisasikan..kalau dari awal insyallah organisasi itu akan lebih baik mengharungi organisasinya selepas di"kursus" itu..
    tq..:)

    ReplyDelete
  5. salam..
    1stly.... klu aku perkenalkan diri aku.. mesti semua yg hadir KPO kenal.. kiki..
    tp x per la.. biar la..
    yg penting 1st aku g kursus cam nie... not bad la.. mmg best.. tp
    myb masa kurang sesuai @ x ckup untuk lebih bnyak input yg dapat...
    apa pon.. tahniah kpd all MPP's kerana berjaya menganjurkan 1 program yang boleh dianggap sebagai berjaya la bg aku...
    walaupun sblm2 nie aku bnyak mengkritik MPP's...
    tp tue la... org kata x kenal maka x cinta....

    **aku nak list nama semau yg hadir spt yg diwar2kan ari tue... thanks...

    HIDUP UiTM!!!!!

    ReplyDelete