I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Thursday, April 16, 2009

TAWARAN UNTUK MENJADI PEMBANTU MINGGU MESRA SISWA (PMMS) SESI JULAI 2009

Assalamualaikum W.B.T

Dimaklumkan bahawa Universiti Teknologi MARA akan menerima pelajar baru pada tarikh-tarikh seperti berikut :

1. 23 Mei 2009 - Pendaftaran pelajar baru Asasi (Sains, Kejuruteraan, TESL & Undang-Undang)

2. 27-28 Jun - Pendaftaran pelajar baru lulusan SPM/STPM/Matrikulasi/CAT
2009


Sehubungan dengan itu Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 ingin mempelawa pelajar yang berminat untuk menjadi PMMS supaya mengisi Borang PMMS. Borang ini boleh diperolehi di Pejabat Am Fakulti, Pejabat Am Kolej Kediaman, Bilik Gerakan MPP (Kolej Kenanga) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin.

Borang PMMS yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan sebelum/pada 30 April ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni), Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Malaysia.

Sekian Terima Kasih..

No comments:

Post a Comment