I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Friday, October 2, 2009

KONVENSYEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (KMPP) 2009 PERINGKAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

Tarikh : 8 - 10 Oktober 2009
Tempat : UiTM Kampus Puncak Alam
Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 UiTM Malaysia dengan Kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UiTM

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan badan kepimpinan mahasiswa yang tertinggi di universiti dan termaktub di dalam Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 174 di dalam Jadual Ketiga. Bagi Universiti Teknologi MARA, setiap kampus negeri mempunyai badan kepimpinan pelajar ini yang digelar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan sehingga kini jumlah keseluruhannya menjangkau seramai 256 ahli.

Namun, bilangan ini akan bertambah setiap kali berlakunya pemilihan bagi penggal baru bersesuaian dengan pengambilan pelajar baru UiTM di seluruh negara yang mensasarkan 200 000 pelajar menjelang 2015. Hakikatnya, MPP UiTM sewajarnya diberi pendedahan awal dalam menghadapi situasi bilangan pelajar yang ramai ini kerana mereka inilah merupakan badan yang bertanggungjawab membawa suara mahasiswa dan menjaga kebajikan mereka di peringkat universiti.


Sehubungan itu, Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar peringkat seluruh sistem UiTM di Malaysia adalah bertepatan dalam menyediakan garis panduan dan pelan perancangan pemimpin mahasiswa dalam menghadapi cabaran masa akan datang dalam universiti suatu masa nanti.
Konvensyen ini akan disertai oleh seorang Yang DiPertua dan 3 orang perwakilan MPP setiap kamus

Antara agenda utama konvensyen ini adalah:
1. Sebagai persediaan yang mantap kepada pemimpin pelajar dalam menghadapi cabaran peringkat universiti dengan pertambahan pengambilan pelajar seramai 200 000 menjelang 2015.

2.
Pembentangan perlembagaan MPP dan KMPP UiTM yang akan digunakan seluruh sistem UiTM.

Semoga objektif konvensyen ini akan tercapai dan memberi input dan output yang terbaik untuk seluruh warga UiTM. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment