I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Saturday, September 26, 2009

SALAM AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA UiTM


Assalamualaikum w.b.t

Pihak MPP UiTM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin Kepada seluruh warga UiTM. Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan sesama kita dan lupakan segala sengketa lama. Bersalam-salaman tanda mengeratkan silaturrahim antara kita.

Salam AidilFitri Al Mubarak........

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira


Selamat meneruskan ibadah puasa
mudah-mudahan kita masih diberi peluang bertemu dengan Ramadan yang akan datang...Aminnnn

Salam Ikhlas Daripada.....

Majlis Perwakilan Pelajar

UiTM MALAYSIA


No comments:

Post a Comment