I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Thursday, March 12, 2009

Perutusan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia (MPPUiTM) Sesi 2009/2010









Mohd Mursyidi Mohd Diah
Yang Dipertua MPPUiTM
Sesi 2009/2010
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu dan salam sejahtera.

Saya merafakkan rasa penuh kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan keizinan dan takdirnya, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 dapat dibentuk dengan jayanya dimana seramai 50 orang ahli perwakilan dari seluruh fakulti 25 fakulti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dapat berganding tenaga dan buah fikiran dalam usaha mengorak langkah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar UiTM.

Kewujudan MPP adalah untuk membantu para pelajar dalam menyampaikan luahan dan suara pelajar ke peringkat pengurusan dengan lebih berkesan. Di atas tanggungjawab itulah, MPP yang dilantik dari setiap fakulti perlu memainkan peranan dengan lebih efektif tentang bagaimana cara yang terbaik untuk berurusan dengan pihak pengurusan tanpa mengetepikan suara para pelajar. Tanggungjawab yang diberikan wajib dilaksanakan dengan penuh amanah serta bersungguh-sungguh agar kesulitan pelajar dapat diselesaikan dengan penuh berhikmah dan berhemah.

Disamping itu juga, MPP berfungsi sebagai penghubung di antara pihak pengurusan dan para pelajar dimana MPP bertindak sebagai pemudahcara kepada para pelajar untuk penyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Dalam masa yang sama, MPP terlibat sebagai perancang dan penggerak kepada aktiviti-aktiviti Universiti seperti perayaan, konvokesyen, festival kemerdekaan, minggu mesra siswa, program kemasyarakatan, program kerohanian dan lain-lain.

Dengan harapan yang tinggi dari MPP, saya selaku Yang DiPertua mengharapkan MPP yang dipilih oleh para pelajar dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi tanpa mengabaikan pelajaran akademik. Dengan memikul tanggungjawab dan amanah yang berat, MPP perlu sentiasa memupuk rasa rendah hati, bekerjasama dan menjaga tatasusila agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan baik dan yang paling penting, setiap usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Allah Taala.


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. lupe.. tahniah sebagai YDP MPP UiTM yg baru.. teruskan perjuangan anak bangsa..

    ReplyDelete
  3. rumah sewa pusat komersial seksyen 7 shah alam
    hubungi naim: 0125795758 atau layari http://shahalambiliksewa.blogspot.com

    ReplyDelete