I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Saturday, March 28, 2009

BLOG MPP UiTM MALAYSIA

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Salam ukhwah kepada semua warga UiTM yang sudi untuk bertemu kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/10. Terima kasih atas segala apa yang diluahkan dan diucapkan melalui blog yang masih baru untuk pelajar bertemu MPP. Pertama sekali, saya di pihak MPP memohon maaf kepada semua kerana kelewatan untuk memberitahu tujuan penubuhan blog ini. Hal ini kerana saya fikirkan makluman yang diberikan sudah cukup dan sampai terus kepada pelajar, tetapi andaian saya silap. Oleh yang demikian, saya sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan blog ini sentiasa up date ingin memaklumkan kepada semua bahawa objektif utama penubuhan blog ini adalah:

Memudahkan medium komunikasi antara pelajar dan MPP, yang mana kami melihatkan bahawa laman web MPP agak kurang dan sukar untuk pelajar jelajahi.

Blog ini juga sebagai penyebar maklumat kepada pelajar tentang segala apa aktiviti yang telah dilangsungkan dan bakal dilangsungkan oleh MPP.

Selain itu, aduan dan segala permasalah juga boleh diajukan melalui blog ini agar bukan sahaja MPP yang dapat mengatasi masalah pelajar malah pelajar lain juga boleh menyumbangkan idea.

Namun begitu, kami fleksibel untuk menerima segala pendapat dan pandangan berkenaan apa jua hal daripada pelajar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga UiTM yang sentiasa prihatin dan menjadi pengkritik untuk kami menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Menjawab juga kepada beberapa pandangan dan pendapat tentang ruangan forum, saya ingin memaklumkan bahawa kami dibarisan MPP buat masa ini tidak akan membuka ruangan tersebut. Hal ini kerana kami ingin menggunakan dua medium ini sahaja untuk mendekati para pelajar. Selain daripada itu, blog yang dibuka khas ini juga akan menjadi titik tolak kepada pembukaan ruangan forum yang dirancang. Namun terima kasih dan saya amat berbesar hati menerima pendapat serta cadangan kepada semua.

Gunakanlah medium ini (BLOG dan WEBSITE MPP) sebagai pengantara anda dan kami di barisan kepimpinan MPP.

Nur Nafishah Azmi
Penolong Naib Yang DiPertua Pengurusan dan Sumber
017-5691248

4 comments:

  1. Salam Blogger,

    TAHNIAH atas kewujudan blog MPP anda.

    Jangan lupa untuk melawati blog MPP UKM (PMUKM) di http://pmukmalaysia.blogspot.com


    Ikhlas,


    SARFARIZMAL MD SAAD
    Timbalan Presiden,
    Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

    ReplyDelete
  2. tahniah kak fishah atas penerangan di atas...

    hope tak terasa dengan komen2 saya sebelum ni.. saya tegur atas semangat adik-beradik..

    tentang nak sediakan ruang forum, itu mungkin strategi anda untuk tak buat sekarang.. takpe, mungkin korang ada alasan tersendiri... tapi saya harap boleh cari layout dan design yang lebih cantik untuk blog ni... background letak laa lambang UiTM ker, MPP ker... bila 'cun' dan interaktif baru nampak korang macam 'blogger profesional'..

    saya dah tengok blog PMUKM.. satu saya puji dorang punya blog sentiasa update.. saya taknak kritik dorang sebab saya bukan student UKM.. saya tak sayang PMUKM, saya sayang MPP UiTM jer! =)

    ReplyDelete
  3. Salam..
    terima kasih atas pandangan anda. kalau tiada anda mungkin kami tidak tahu kelemahan kami. terima kasih..

    berkenaan dengan design utk blog ini, kami akan berusaha yang terbaik dan tidak dinafikan ia sebagai daya penarik. InsyaALLAH akan diusahakan.

    Berkenaan dengan ruang forum,buat masa sekarang blog dan web site MPP adalah medium pelajar bertemu kami. sekiranya ruangan forum itu dibuka, blog dan web site pula para pelajar lupakan. oleh yang demikian, saya ingin melihat sejauh mana keberkesanan blog dan web site ini terhadap pelajar. sekiranya penerimaan oleh para pelajar amat menggalakkan, kami akan membuka ruangan forum agar ia boleh digunakan. namun, terima kasih atas keprihatinan anda.

    war-warkan kepada rakan-rakan anda tentang blog dan web site MPP agar mereka tahu kami sentiasa bersama mereka.

    salam UKHWAH...

    Nur Nafishah Azmi
    PNYDP Pengurusan dan Sumber
    017-5691248

    ReplyDelete
  4. From my point of view ONLY:
    1) Congratulations on estlablishing your blog, MPP UiTM Malaysia. Even SARFAMS, the Vice Pres. of PMUKM congratulates you. I can't see why the students of UiTM should be antagonists.
    2) I think that the overall layout and designs are quite good! Most importantly, the blog is accessible. Excessive and unnecessary designs are not important as it would distratct the main purpose of this blog. Making the designs fancier also seems to show that the creator is brainless - so, don't do that.
    3) However, if it is more interactive (having a forum), then it would be a lovable blog for the visitor. But I haven't heard of blogger.com having features of forum creating. So, not your fault eh? (Clever answer~) I know several free web hosting company having that features but they limits the..what is it called..band, bandwith, ~oohh...whatever! I'm not an IT guy.
    Actually I went to your official portal, try to find the link to a forum or something nice to be visit, but how disappointing, I can't find where it was.
    4) Hope that if you guys want to 'upgrade' this blog, make sure that you didn't accidentally downgraded it. That's all. Thank You.

    *ehm, meor..*cough*cough* I love MPP UiTM too..*ehem..*cough*HateTheB.oot-lick.ers**cough*S1m0n*cough*ehem*..erkh~ (who knows what I mean, please be quiet..hehe~)

    ReplyDelete