I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Saturday, September 26, 2009

SALAM AIDILFITRI KEPADA SELURUH WARGA UiTM


Assalamualaikum w.b.t

Pihak MPP UiTM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin Kepada seluruh warga UiTM. Di hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama bermaaf-maafan sesama kita dan lupakan segala sengketa lama. Bersalam-salaman tanda mengeratkan silaturrahim antara kita.

Salam AidilFitri Al Mubarak........

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira


Selamat meneruskan ibadah puasa
mudah-mudahan kita masih diberi peluang bertemu dengan Ramadan yang akan datang...Aminnnn

Salam Ikhlas Daripada.....

Majlis Perwakilan Pelajar

UiTM MALAYSIA


Sunday, September 13, 2009

SALAM RAMADHAN DAN SALAM AIDILFITRI
MAKLUMAN

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Kepada pelajar yang ingin kembali ke kampung halaman tetapi tiada tiket untuk pulang, Sistem Televisyen Malaysia Berhad (T 106645) TV3, TV9 dengan kerjasama LG akan memberikan PERKHIDMATAN BAS PERCUMA untuk program Balik Kampung sempena Aidilfitri.

Destinasi yang ditawarkan adalah Kangar, Alor Setar, Sungai Petani, Butterworth, Georgetown, Ipoh, Taiping, Seremban, Bandar Hilir, Melaka; Muar, Batu Pahat, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Terengganu.

Bas (syarikat Plusliner) akan berlepas pada Jumaat 18 September 2009. Untuk pendaftaran sebagai penumpang, sila layari
http://www.tv9.com.my/ dan klik pada ikon “Balik Kampung”. Semak sama ada anda berpeluang menggunakan perkhidmatan ini sehari atau dua hari selepas pendaftaran. Jika ada apa-apa masalah, sila hubungi agensi yang dilantik syarikat elektronik LG di talian 03- 7491 8111 atau syarikat Plusliner 03-40477878.

Bagi yang berjaya mendapat tempat duduk, sila semak lokasi untuk berkumpul sama ada di Bukit Jalil (berkumpul jam 8.30 pagi) atau KL Sentral (berkumpul jam 11.30 malam untuk destinasi Kota Bharu dan Kuala Terengganu) pada Jumaat 18 September.

Sehubungan dengan hal ini, sila maklumkan kepada YDP Mursyidi di talian 012-9398427 jika anda mempunyai masalah untuk membuat pendaftaran secara online seperti yang dinyatakan di atas dengan cara memberikan NAMA, NO KAD PELAJAR, NO KAD PENGENALAN dan DESTINASI yang ingin dituju pada kadar yang segera. InsyaAllah sebuah bas dari UiTM akan disediakan untuk pelajar yang akan ke Bukit Jalil. tq.


MOHD MURSYIDI MOHD DIAH
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
012-9398427

Tuesday, September 8, 2009

MAKLUMAN PERPINDAHAN SEMULA PEJABAT MPP KE BANGUNAN ASAL

Assalamualaikum w.b.t

Makluman Kepada seluruh warga UiTM yang di hormati. Untuk pengetahuan semua, Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar telah berpindah semula ke bangunan asal MPP terdahulu atas sebab-sebab pembaikpulihan pejabat lama MPP. Jika ada sebarang permasalahan, sila datang berjumpa MPP di pejabat MPP yang beralamat :

Pejabat Pentadbiran MPP,
Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Bangunan Budi Siswa,
Universiti Teknologi MARA Malaysia
40450 Shah Alam Selangor D.E

Tel : 03 5544 3589 / 3689

Fax : 03 5544 3535

Sekian dan Harap Maklum..