I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Saturday, March 28, 2009

BLOG MPP UiTM MALAYSIA

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t.

Salam ukhwah kepada semua warga UiTM yang sudi untuk bertemu kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/10. Terima kasih atas segala apa yang diluahkan dan diucapkan melalui blog yang masih baru untuk pelajar bertemu MPP. Pertama sekali, saya di pihak MPP memohon maaf kepada semua kerana kelewatan untuk memberitahu tujuan penubuhan blog ini. Hal ini kerana saya fikirkan makluman yang diberikan sudah cukup dan sampai terus kepada pelajar, tetapi andaian saya silap. Oleh yang demikian, saya sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan blog ini sentiasa up date ingin memaklumkan kepada semua bahawa objektif utama penubuhan blog ini adalah:

Memudahkan medium komunikasi antara pelajar dan MPP, yang mana kami melihatkan bahawa laman web MPP agak kurang dan sukar untuk pelajar jelajahi.

Blog ini juga sebagai penyebar maklumat kepada pelajar tentang segala apa aktiviti yang telah dilangsungkan dan bakal dilangsungkan oleh MPP.

Selain itu, aduan dan segala permasalah juga boleh diajukan melalui blog ini agar bukan sahaja MPP yang dapat mengatasi masalah pelajar malah pelajar lain juga boleh menyumbangkan idea.

Namun begitu, kami fleksibel untuk menerima segala pendapat dan pandangan berkenaan apa jua hal daripada pelajar. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga UiTM yang sentiasa prihatin dan menjadi pengkritik untuk kami menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Menjawab juga kepada beberapa pandangan dan pendapat tentang ruangan forum, saya ingin memaklumkan bahawa kami dibarisan MPP buat masa ini tidak akan membuka ruangan tersebut. Hal ini kerana kami ingin menggunakan dua medium ini sahaja untuk mendekati para pelajar. Selain daripada itu, blog yang dibuka khas ini juga akan menjadi titik tolak kepada pembukaan ruangan forum yang dirancang. Namun terima kasih dan saya amat berbesar hati menerima pendapat serta cadangan kepada semua.

Gunakanlah medium ini (BLOG dan WEBSITE MPP) sebagai pengantara anda dan kami di barisan kepimpinan MPP.

Nur Nafishah Azmi
Penolong Naib Yang DiPertua Pengurusan dan Sumber
017-5691248

Friday, March 13, 2009

MALAM PENGHARGAAN PEMBANTU MINGGU MESRA SISWA DISEMBER 2008



Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia sesi 2009/2010 akan mengadakan satu Malam Penghargaan kepada semua Pembantu Mahasiswa Minggu Mesra Siswa sesi Disember 2008.
Majlis ini di adakan adalah bagi menghargai sumbangan dan bantuan ikhlas para pembantu Mahasiswa yang bertungkus lumus dalam menjayakan Minggu Mesra siswa sesi Disember 2008. Sehubungan dengan itu semua Pembantu Mahasiswa sesi Disember 2008 di jemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis pada malam itu.

Tarikh : 18 Mac 2009

Masa : 8.30 Malam

Tempat : Dataran Tuanku Fauziah UiTM Malaysia (Berdekatan Canseleri UiTM)

Tema : Merah & Putih

Thursday, March 12, 2009

Perutusan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia (MPPUiTM) Sesi 2009/2010









Mohd Mursyidi Mohd Diah
Yang Dipertua MPPUiTM
Sesi 2009/2010
Fakulti Sains Sukan & Rekreasi


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu dan salam sejahtera.

Saya merafakkan rasa penuh kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan keizinan dan takdirnya, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 dapat dibentuk dengan jayanya dimana seramai 50 orang ahli perwakilan dari seluruh fakulti 25 fakulti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dapat berganding tenaga dan buah fikiran dalam usaha mengorak langkah untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada para pelajar UiTM.

Kewujudan MPP adalah untuk membantu para pelajar dalam menyampaikan luahan dan suara pelajar ke peringkat pengurusan dengan lebih berkesan. Di atas tanggungjawab itulah, MPP yang dilantik dari setiap fakulti perlu memainkan peranan dengan lebih efektif tentang bagaimana cara yang terbaik untuk berurusan dengan pihak pengurusan tanpa mengetepikan suara para pelajar. Tanggungjawab yang diberikan wajib dilaksanakan dengan penuh amanah serta bersungguh-sungguh agar kesulitan pelajar dapat diselesaikan dengan penuh berhikmah dan berhemah.

Disamping itu juga, MPP berfungsi sebagai penghubung di antara pihak pengurusan dan para pelajar dimana MPP bertindak sebagai pemudahcara kepada para pelajar untuk penyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Dalam masa yang sama, MPP terlibat sebagai perancang dan penggerak kepada aktiviti-aktiviti Universiti seperti perayaan, konvokesyen, festival kemerdekaan, minggu mesra siswa, program kemasyarakatan, program kerohanian dan lain-lain.

Dengan harapan yang tinggi dari MPP, saya selaku Yang DiPertua mengharapkan MPP yang dipilih oleh para pelajar dapat melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi tanpa mengabaikan pelajaran akademik. Dengan memikul tanggungjawab dan amanah yang berat, MPP perlu sentiasa memupuk rasa rendah hati, bekerjasama dan menjaga tatasusila agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan baik dan yang paling penting, setiap usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Allah Taala.


PERUTUSAN MPP UiTM MALAYSIA SESI 2009/2010 SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL



Khairul Amir Abd Aziz
Exco Kerohanian dan Kaunseling
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010


Assallamualaikum…Salam ukhuwah dan mahabbah kepada semua warga UiTM. Sempena hari keputeraan nabi Muhammad S.A.W, saya menyeru supaya marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala.

Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah, forum dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Tujuan diadakan sambutan Maulidur Rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan ibadah tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan. Menurut Ibnu al-Hajj, "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan Islam. Di samping itu, umat Islam diarahkan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran,"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan.
Apa yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam.

Tuesday, March 10, 2009

Jemputan Menghadiri Pogram Malam Naluri Islam (MANIS) Sempena Maulidur Rasul

Dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUiTM) SESI 2009/2010 akan menganjurkan progam Malam Naluri Islam (MANIS) semperna menyambut hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.

Sehubungan
dengan itu seluruh warga UiTM Malaysia di jemput hadir bagi memeriahkan lagi program yang di adakan ini.

Segala butiran lanjut adalah seperti yang telah di tetapkan:

Tarikh : 15 Mac 2009
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dataran Cendekia UiTM Malaysia

Semoga program ini dapat merapatkan ukhuwah sesama kita. Segala kerjasama dari seluruh warga UiTM Malaysia amatlah di hargai

Untuk Maklumat Lanjut sila Hubungi :

Khairul Amir Abd Aziz
Pengerusi Sekretariat Kerohanian & Kaunseling
Majlis perwakilan Pelajar UiTM Malaysia Sesi 2009/10
H/P : 017-9821486
email : amir@mppuitm0910.com


atau


Nor Aina Mohd Nasir
Timb. Pengerusi Sekretariat Kerohanian & Kaunseling
Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia Sesi 2009/10
H/P : 017-6595976
email : aina@mppuitm0910.com

Aduan dan Cadangan Kini di Buka Kepada Seluruh Warga UiTM Malaysia

Aduan serta cadangan yang bernas amat di harapkan dari seluruh warga UiTM Malaysia. Diharapkan cadangan dan aduan yang di berikan berlandaskan fakta dan bukti yang kukuh bagi membantu pihak MPPUiTM SESI 2009/2010 menjalankan tugas. Segala bentuk cadangan dan komen sangat di perlukan bagi membantu MPP dan UiTM dalam merealisasikan impian "World Class University pada tahun 2020". Seiring motto MPP pada sesi ini, "HIGHEST GRATITUDE, GREATEST ATTITUDE" kami mengorak langkah mencapai visi dan misi untuk mu warga UiTM.

WATIKAH PERLANTIKAN MPPUITM SEMALAYSIA SESI 2009/2010

Majlis Watikah Perlantikan MPPUiTM SeMalaysia 09/10 telah diadakan pada 22 Januari 2009 di Intekma Resort UiTM pada pukul 8.30 malam dengan lancarnya. Berikut merupakan senarai penuh nama Biro dan exco yang telahpun menerima watikah pada hari tersebut :

Yang Dipertua :

Mohd Murshidi Mohd Diah (Fakulti Sains Sukan & Rekreasi)

Naib Yang Dipertua :

Muhammad Thoha Rasyid Mohammad Razali (Fakulti Pengurusan Perniagaan)

Setiausaha Agung :

Asmurni Ramlie (Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan)

Bendahari Kehormat :

Ahmad Najib Ahmad Afandi (Fakulti Farmasi)

Ketua Penolong Naib Yang Dipertua :

Sharul Hisham Sulaiman (Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur)



Penolong Naib Yang Dipertua Kebajikan & Khidmat Mahasiswa:

Mohammad Farhan Adi Kasuma (Fakulti Farmasi)

Penolong Naib Yang Dipertua Skolastik & Jaringan Industri:

Nor Hasfuat Abdul Rahman (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal)

Penolong Naib Yang Dipertua Pembangunan Mahasiswa:

Haryati Kamrolzaman (Fakulti Kejuruteraan Awam)

Penolong Naib Yang Dipertua Perhubungan & Pengantarabangsaan:

Mohammad Fairus Salleh (Fakulti Kejuruteraan Elektrik)

Penolong Naib Yang Dipertua Pengurusan & Sumber:

Nur Nafishah Azmi (Fakulti Teknologi Kreatif & Artisitk)


Penolong Setiausaha 1 :Nur Fadila Mohd Kamal (Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat)

Penolong Setiausaha 2 :Ainal Shafirul Saidin (Fakulti Sains Gunaan)

Penolong Bendahari :Mohd Ashraf Mohd Zabidi (Fakulti Perakaunan)



Pengerusi Sekretariat Aduan Kemudahan & Pengangkutan:

Wan Mohd Kamil Mohd Yusoff (Fakulti Muzik)

Timb. Pengerusi Sekretariat Aduan Kemudahan & Pengangkutan:

Siti Syuhada Ahmad Paudzi (Fakulti Pengurusan Perniagaan)

Pengerusi Sekretariat Penempatan & Kolej:

Mohd Farid Asyraf Rafei (Fakulti Sains Gunaan)

Timb. Pengerusi Sekretariat Penempatan & Kolej:

Sahisal Azira Mat Said (Fakulti Perakaunan)

Pengerusi Sekretariat Penempatan NR:

Ahmad Nur Azam Ahmad Rizuan (Fakulti Sains Komputer & Matematik)

Timb. Pengerusi Sekretariat Penempatan NR:

Nabilah Hisham (Fakulti Kejuruteraan Kimia)

Pengerusi Biasiswa & Bantuan Kewangan:

Ahmad Afandi Ahmad Radzali (Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan)Sekretariat



Pengerusi Sekretariat Keusahawanan :

Fariz Asyraf Awaluddin (Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi)

Timb. Pengerusi Sekretariat Keusahawanan:

Siti Sarah Nor Rizan (Fakulti Pergigian)

Pengerusi Sekretariat Akademik:

Fairol Japar (Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi)

Timb. Pengerusi Sekretariat Akademi:

Abdul Latif (Fakulti Perubatan)

Pengerusi Sekretariat Kerjaya & Hubungan:

Mohd Hafizee Ideris (Fakulti Pengurusan & Teknologi Pejabat)

Timb. Pengerusi Sekretariat Kerjaya & Hubungan:

Ikhsan Masror (Fakulti Pergigian)


Pengerusi Sekretariat Kerohanian & Kaunseling :

Khairul Amir Abd Aziz (Fakulti Pendidikan)

Timb. Pengerusi Sekretariat Kerohanian & Kaunseling:

Nor Aina Nasir (Fakulti Kejuruteraan Kimia)

Pengerusi Sekretariat Kepimpinan & Pembangunan Insan:

Nik Kamaruddin Nik Yahya (Fakulti Pendidikan)

Timb. Pengerusi Sekretariat Kepimpinan & Pembangunan Insan:

Izzat Mohd (Fakulti Sains Kesihatan)

Pengerusi Sekretariat Sukan & Rekreasi:

Adlin Adnan (Fakulti Sains Sukan & Rekreasi)

Timb. Pengerusi Sekretariat Sukan & Rekreasi:

Ezzy Azzmiel abd Aziz (Fakulti Pengurusan Maklumat)

Pengerusi Sekretariat Kebudayaan:

Muhammad Amirul Hafiz Rosly (Akademi Pengajian Bahasa)

Timb. Pengerusi Sekretariat Kebudayaan:

Syed Muhammad Izzudin Syed Akil (Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik)


Pengerusi Sekretariat Perhubungan Dalaman:

Amira Putri Mohammad (Fakulti Kejuruteraan Elektrikal)

Timb. Pengerusi Sekertariat Perhubungan Dalaman:

Muazzam Syah Ismail (Fakulti Kejuruteraan Mekanikal)

Pengerusi Sekretariat Perhubungan Luar & Antarabangsa :

Nik Saiful Adli Burhan @ Jaohari (Fakulti Undang-Undang)

Timb. Pengerusi Sekretariat Perhubungan Luar & Antarabangsa:

Nur Syairah Ishak (Fakulti Perubatan)

Pengerusi Sekretariat Perhubungan Kampus & Alumni:

Hassan Azme Masri (Fakulti Pengurusan Maklumat)

Timb. Pengerusi Sekretariat Perhubungan Kampus & Alumni:

Mohammad Khairul Anuar Abdul Hamid (Fakulti Muzik)

Pengerusi Sekretariat Komunikasi Korporat:

Noor Akmal Hj Mistar (Fakulti Komunikasi & pengajian Media)

Timb. Pengerusi Sekretariat Komunikasi Korporat:

Rozi Hanum Shaharudin (Akademi Pengajian Bahasa)


Pengerusi Sekretariat Informasi & Penerbitan:

Saiyed Ismail Saiyed Hussin (Fakulti Komunikasi & pengajian Media)

Timb. Pengerusi I Sekretariat Informasi & Penerbitan:

Zackri Ramlan (Fakulti Seni Lukis & Seni Reka)

Timb. Pengerusi 2 Sekretariat Infromasi & Penerbitan:

Norhana Md Arshad (Fakulti Sains Kesihatan)

Pengerusi Sekretariat Pembangunan ICT:

Nas Fatehah Mahadi (Fakulti Sains Komputer & Matematik)

Timb. Pengerusi Sekretariat Pembangunan ICT:

Mohd Zaimi Zakaria (Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur)

Pengerusi Sekretariat Pengurusan & Pentadbiran:

Muhammad Amin Khalip (Fakulti Seni Lukis & Seni Reka)

Timb. Pengerusi Sekretariat Pengurusan & Pentadbiran:

Nursyazreen Ahmad Mirza (Fakulti Kejuruteraan Awam)

Pengerusi Sekretariat Perundangan & Etika:

Sollehhuddin Muzaid (Fakulti Undang-Undang)