I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Wednesday, August 26, 2009

PROGRAM FESTIVAL KEMERDEKAAN (FESKEM) RAMADHAN






Festival Kemerdekaan (FESKEM) merupakan festival yang kebiasaannya diadakan setiap tahun ketika menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan. Pada tahun ini, kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar (FESKEM) sesi 2009/10 akan menganjurkan sebuah Festival Kemerdekaan berbentuk kerohanian iaitu Program FESKEM Ramadhan. Bersempena dengan itu, kami menjemput seluruh warga UiTM khususnya UiTM Malaysia. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh & Masa : 29 Ogos 2009 (2.oo ptg - 10.30 mlm)
: 30 Ogos 2009 (8.00 pagi - 12.00 mlm)
Tempat : Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan UiTM

Berikut merupakan tentatif program:

HARI PERTAMA(29 0GOS 2009)
Masa : 2.00 ptg - 7.00 mlm
: *Perasmian FESKEM akan diadakan jam 3 petang.
(Perasmian oleh Y.Bhg.Prof.Dato'Dr.Hj Nasuddin Othman)
Tempat : Pusat Sukan UiTM
Aktiviti : Tayangan Multimedia khas FESKEM Ramadhan

Masa : 7.00 mlm - 10.00 mlm
Tempat : Pusat Sukan
Aktiviti : Majlis berbuka puasa, solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah

HARI KEDUA(30 OGOS 2009)
Masa : 8.30 pg - 11.00 pg
Tempat : Menara Sains & Teknologi
Aktiviti : Pertandingan Kuiz FESKEM Ramadhan (saringan)

Masa : 9.00 pg - 11.00 pg
Tempat : Menara Sains & Teknologi
Aktiviti : Pertandingan Kuiz FESKEM Ramadhan (saringan)

Masa : 2.00 ptg - 7.oo mlm
Tempat : Pusat sukan
Aktiviti : Kuiz FESKEM Ramadhan (peringkat akhir)
Upacara penyampaian hadiah
: Bacaan Yassin & Al-Ma'tsurah

Masa : 7.00 mlm - 10.00 mlm
Tempat : Pusat sukan
Aktiviti : Majlis berbuka puasa & solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah

Masa : 10.30 mlm
Tempat : Pusat sukan
Aktiviti : Program Ambang Merdeka
( Forum, doa Khas Kemerdekaan, Solat Hajat)

Marilah kita bersama-sama memeriahkan majlis dan semoga kita mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Insya-Allah.

Sunday, August 23, 2009

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADAN AL-MUBARAK




Hadith

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:“Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa”.

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: “Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu.”

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan.” Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: “Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?” Dijawab oleh Rasulullah SAW: “Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya.”



SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

DI BULAN RAMADAN AL MUBARAK

1430 HIJRAH


semoga segala amalan yang di tuntut dapat di jalani dengan hati yang ikhlas

dan dapat di terima olehNYA..



Thursday, August 20, 2009

“INTERPERSONAL SKILL PROGRAM 2009” (INSPRO ‘09) ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERSAMA SELURUH PERSATUAN-PERSATUAN DALAMAN FKE














Syukur Alhamdulillah kepada Allah swt kerana limpah dan kurnianya INSPRO ‘09 dapat berlangsung dengan jayanya pada 1hb sehingga 9hb ogos 2009 di Sekitar Menara S&T UiTM Malaysia yang dihadiri hampir 400 orang pelajar-pelajar FKE dan merupakan satu program yang yang julung-julung kali diadakan di FKE dan telah dirangka mempunyai element-element kombinasi antara beberapa kursus, diantaranya adalah kursus motivasi, kecemerlangan akademik mengenali potensi diri, personaliti diri dan profesionalisma dari ‘softskill’ dan manakala dari segi ilmu kemahiran pula terdapat kursus Asas Keselamatan di Tempat Kerja (Green Card Program) daripada Malaysian Construction Industry Development Board (CIDB), Interface free controller Course (IFC) daripada Syarikat Cytron Sdn Bhd dan Field Programmable Gate Array (FPGA). Program ini juga dilengkapkan lagi dengan Forum Kecemerlangan Mahasiswa dan Diskusi Bersama Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik sebagai penutup dan sebagai medium untuk membincangkan masalah pelajar di peringkat fakulti. Sehubungan dengan itu juga, memandangkan isu penularan H1N1 juga, pihak MPP juga turut menyediakan topeng muka diedarkan kepada peserta secara percuma.

Kursus ini dirangka agar dapat melahirkan mahasiswa yang berilmu, versatil, berkeyakinan, beretika dan penuh dengan nilai-nilai murni selaras misi fakulti iaitu memartabatkan serta meningkatkan tahap intelektual bangsa dalam profesion kejuruteraan elektrik yang berorientasikan keseimbangan agama dan nilai-nilai murni menerusi penyampaian berilmu, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada akhlak dan etika profesional jurutera.

INSPRO ’09 juga merupakan sebagai salah satu platform agar semua persatuan-persatuan dalaman Fakulti Kejuruteraan Elektrik dapat bersama-sama berganding bahu dan bersepakat dalam membentuk satu program dan bekerjasama walaupun mempunyai idea dan pandangan yang berbeza, lantas dapat merapatkan lagi ukhwah di kalangan persatuan-persatuan dalaman FKE iaitu ELETA, IEEE UiTM SB, IRC, PMKE, MPP dan SMF serta membuktikan bahawa walaupun terdiri daripada ahli persatuan yang berbeza tetapi sebagai warga FKE adalah menjadi satu tanggungjawab yang sama iaitu mendokong aspirasi fakulti untuk menjadikan FKE sebuah fakulti yang unggul berteraskan kepada prinsip kecemerlangan akademik bagi menerajui dan merealisasikan wawasan bangsa yang dinamik, prograsif dan global dalam bidang kejuruteraan elektrik menerusi program bertaraf dunia supaya dapat melahirkan jurutera yang berdaya saing dan beretika seterusnya mendokong aspirasi UiTM ke arah universiti yang bertaraf dunia.

Akhir kata, semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberi banyak manfaat kepada pelajar-pelajar UiTM.


Disediakan oleh

MOHAMMAD FAIRUS BIN SALLEH

PNYDP Perhubungan & Pengantarabangsaan

Majlis Perwakilan Pelajar

Fakulti Kejuruteraan Elektrik

Universiti Teknologi MARA Malaysia

merangkap

Ketua Pengarah Program

Interpersonal Skill Program 2009



Friday, August 14, 2009

THE UNIVERSITY REMAINS OPEN

Announcements

University Teknologi MARA remains open and is operating on a regular schedule. All classes
are in session and students, faculty and staff are expected to report for work as normal. The
mid-semester and final examinations will also proceed as planned. Students are urged not to
listen to rumours and if in doubt, to refer to the university website which is the primary source for announcements on university affairs.

Professor Dr Mustaffa Mohamed Zain
Deputy Vice-Chancellor
Academic Affairs Division

Thursday, August 13, 2009

MAKLUMAT TENTANG PEKELILING NAIB CANSELOR BERKENAAN WABAK H1N1

Perhatian kepada semua warga UiTM

H1N1: Saranan Untuk Menagguhkan Aktiviti/Program Luar Bagi Mengawal Penularan Wabak

Berkenaan dengan Pekeliling Naib Canselor yang baru dikeluarkan, Majlis Perwakilan Pelajar sekali lagi ingin mengingatkan kepada semua, bahawa segala program yang melibatkan pelajar terutama aktiviti yang tidak berkaitan dengan keperluan wajib kurikulum disarankan ditangguhkan bagi mengelakkan penularan wabak H1N1 yang semakin serius ini.

Ini selaras dengan antara langkah kelima yang disebut dalam pekeliling tersebut iaitu;

5. Dekan Fakulti, Pengarah Kampus, Ketua Program, Ketua Bahagian/Pusat/Unit, disarankan agar menangguhkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar terutama aktiviti non-akademik yang tidak berkaitan dengan keperluan wajib kurikulum bagi mengelakkan penularan wabak ini di kalangan pelajar dan warga UiTM.

Sebarang makluman tambahan sila rujuk kepada Pekeliling Naib Canselor yang telah dikeluarkan.

Sehubungan dengan itu, diharap semua warga UiTM dapat mengambil perhatian serius terhadap isu H1N1 ini.

Sekian, terima kasih.

H1N1: SOLAT HAJAT PERDANA SELEPAS SOLAT JUMAAT

Makluman kepada semua, Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama CiTU ingin memohon agar semua warga UiTM Malaysia agar kita sama-sama melakukan solat hajat memohon perlindungan daripada penularan wabak H1N1 yang lebih serius di UiTM juga negara kita khususnya.

Sehubungan dengan itu, selepas Solat Jumaat ini, akan diadakan solat hajat bagi memohon pertolongan dan perlindungan dari Nya.

Diminta kita semua agar sama-sama dapat berkikhtiar dan berdoa agar kita diselamatkan daripada segala musibah.

Dalam pada masa yang sama, kami di pihak MPP juga berharap usaha ini tidak tetumpu di dalam kampus UiTM sahaja. Diharapkan ia juga dapat dilaksanakan di surau-surau sekitar Shah Alam khususnya di sekitar Seksyen 7 bagi mengurangkan masalah kesesakan jemaah yang berlaku khususnya di kawasan Solat Jumaat sementara di Pusat Sukan.

Sekian, terima kasih.

PREMIER TALK - Strategic Leadership for the Future

Masa : 10 pagi - 1.00 tengahari
Tarikh : 13 Ogos 2009
Tempat: Marriot Hotel, Putrajaya

Dalam menerajui sasaran institusi Pengajian Tinggi Malaysia, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) telah melaksanakan program ini untuk membincangkan tentang peranan dan tanggungjawab terhadap kepimpinan institusi pengajian tinggi selaras dengan aspirasi negara melahirkan modal insan yang berpendidikan tinggi bagi mendukung wawasan dan kemajuan negara. 'Talk' ini disampaikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan telah dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi AkEPT, Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Dalam ucapan Tun Dr. Mahadhir, beliau berjaya membawa satu pengisian yang mantap mengenai cabaran dalam pimpinan institusi pengajian tinggi dan membuka minda sidang dewan yang hadir mengenai peri pentingnya pucuk pimpinan dalam menentukan kecermerlangan sesuatu organisasi dan struktur. Turut hadir dalam seminar ini adalah Menteri Pengajian Tinggi, Y.B dato' seri Mohamed Khaled Nordin dan pucuk kepimpinan Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara. Justeru, seluruh warga UiTM diseru agar pada berpegang pada landasan yang betul dengan berpandangan jauh kehadapan dalam merancang strategi bagi melahirkan pelapis generasi yang berketerampilan bagi membentuk kemajuan ekonomi serta kematangan demokrasi negara pada masa akan datang.

'SHAPING MINDS BUILDING LEADERSHIP'.