I made this widget at MyFlashFetish.com.

WAJAH-WAJAH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM MALAYSIA SESI 2009/10

Friday, July 24, 2009

Cuti Pertengahan Semester Di awalkan


Untuk pengetahuan seluruh warga Uitm, cuti pertengahan semester diawalkan iaitu bermula pada 27 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009 atas sebab-sebab tertentu. Sebarang pindaan jadual aktiviti SAF akan dimaklumkan dari masa ke masa. Warga UiTM dinasihatkan agar menjaga kesihatan sepanjang cuti.
P/S: Perasmian Sukan Antara Fakulti (SAF) akan dijalankan seperti dijadualkan iaitu pada pukul 8 malam 24 Julai 2009.

Friday, July 10, 2009

Sistem Park & Ride di UiTM Shah Alam

Segala permasalahan. penambahbaikan dan cadangan amat di alu-alukan berkenaan dengan sistem park & ride yang telah mula di jalankan bermula 06 Julai 2009 yang lalu. Kepada mahasiswa-mahasiswi UiTM sila beri kerjasama dengan menyalurkan maklumat yang betul bagi memudahkan pihak MPP berurusan dengan pihak yang berkenaan. Ruang sembang yang telah di buka hanya untuk isu Park & Ride ini sahaja. Sekian terima kasih...



adminmpp

Sunday, July 5, 2009

UiTM JUARA KESULURUHAN MASUM 2009

SYABAS DAN TAHNIAH DI UCAPKAN........

UCAPAN TAHNIAH ATAS KEMENANGAN UiTM DALAM PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN & INTERGASI NASIONAL 2009



Kelab Debat dan Pidato Bahasa Melayu UiTM Shah Alam telah memenangi pertandingan Debat
Perpaduan dan Integrasi Nasional 2009 antara Institusi Pengajian Tinggi yang berlangsung di
UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) pada 12‐16 Jun 2009. Kelab ini memenangi pertandingan
tersebut selama 3 tahun berturut‐turut mulai 2007 hingga 2009. Pendebat UiTM terdiri dari Mohd
Khairul Nizam Bakeri, Siti Nadzirah Abdullah, Mastura Arbin dan Remmy Muntegrai.


MPPUiTM MALAYSIA MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEMENANGAN ANDA SEMUA.

Saturday, July 4, 2009

UCAPAN TERIMA KASIH DAN SYABAS KEPADA SELURUH WARGA YANG YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MINGGU MESRA SISWA JUN-JULAI 2009

Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga yang berganding bahu dalam menjayakan MMS kali ini terutama sekali kepada Pembantu Mahasiswa (PMMS) yang banyak membantu membanting tulang dalam menjayakan program Minggu Mesra Siswa pada kali ini. Mohon seribu kemaafan sekiranya terdapat kesilapan samada datangnya daripada pihak MPP mahupun dari lain-lain pihak. Sesungguhnya anda terbaik dalam MMS kali ini.

Pergerakan Bas untuk Permulaan Semester Julai - November 2009 dengan Sistem Park & Ride.


PERGERAKAN LALUAN BAS UiTM (DALAMAN) 2009


PADANG KAWAD-HEP (Budi Siswa) (Laluan A)
(Padang Kawad - Perindu - HEP(Budi Siswa) - Kenanga – Padang Kawad)

PADANG KAWAD-S&T (Laluan B)
(Padang Kawad —Seroja – FSKM – Fak. Pergigian – Anggerik – Padang Kawad)

SEKSYEN 7- KAMPUS (Laluan C)
(Kampus – Pintu 2 - Bintang Sek.7- Persiaran Permai – Persiaran Bestari – Persiaran Kayangan - Pintu 4 – FSPU/Kampus- Bintang Seksyen 7)

JATI-FSMK (Laluan D)
(Jati - Pintu 1- FSKM – Fak. Pergigian - Mawar – Pusat Kesihatan –Anggerik - Padang Kawad – Perindu - Seroja – Jati)

MAWAR – INTEC (Laluan E)
(Mawar – Perindu – Jati – Meranti – Bulatan Seksyen 16, Bulatan Seksyen 17 -INTEC, Seksyen 17 - Mawar)

SEROJA-INTEKMA (Laluan F) **
(Seroja - Pintu 1 – INTEKMA –Seksyen 4 - Meranti – HEP(Budi Siswa) – Seroja)


Setiap perkhidmatan bermula dari jam 7.15 am (setiap hari – Isnin- Jumaat) dan berakhir jam 11.00 malam
*Bagi Hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum, perkhidmatan bas hanya disediakan Laluan C dan D sahaja.
** Perkhdmatan bas sehingga 7.00 pm

MPPUiTM Malaysia mengucapkan Selamat Datang kepada Mahasiswa Baru dan Lama

Berusaha lah untuk menjadi yang terbaik kerana ilmu itulah satu-satunya harta yang tidak ternilai harganya dan takkan habis sampai bila-bila.

Pesanan dari MPPUiTM Malaysia.

Perhatian Kepada Mahasiswa-Mahasiswi UiTM Kampus Puncak Alam..

Informasi 1

Peta Ke Puncak Alam